Majlis Penutupan Kursus Tot Pare Test Siri 1 2017
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS TOT PARE TEST SIRI 1/2017
Kuala Lumpur, 15 September 2017- Majlis Penutupan ‘Kursus Training Of Trainer’ (TOT) Ujian Kecergasan Polis, ‘Physical Ability Readiness Evalution’ (PARE Test) Siri 1/2017 yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 13 hingga 15 September 2017 telah sampai ke penghujungnya, pagi tadi.
Kursus kali ini melibatkan seramai 66 Pegawai Kanan dan 96 Anggota Pangkat Rendah dari pelbagai jabatan dan formasi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan jayanya di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Majlis Penutupan ini, telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Mohd Roze Shaari yang mewakili Pengarah Pengurusan Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab.
Beliau berkata, Kursus ini memberi pendedahan, latihan serta kelayakan kepada Pegawai dan Anggota PDRM dalam menjaga tahap kecergasan diri pada setiap masa.
“Lanjutan daripada Dasar Trim and Fit PDRM, Ujian Kecergasan ini akan dikuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Januari 2018 dan akan menjadi salah satu syarat bagi kenaikan dan pengesahan pangkat warga PDRM” ujar beliau.
Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Penolong Pengarah (Maklumat Sumber Manusia) Perkhidmatan/Perjawatan, SAC Shukri Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, SAC Dato’ Mohamad Mat Yusop serta Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis.
Ucapan Penutupan Oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia ) DCP Dato' Mohd Roze Shaari
Penyampaian Sijil Majlis Penutupan Kursus TOT Pare Test Siri 1/2017.
Penyampaian Sijil Majlis Penutupan Kursus TOT Pare Test Siri 1/2017.
Sekitar Majlis Penutupan Kursus TOT Pare Test Siri 1/2017.