Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011

Published: 11 Jun 2014 7.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tidak mustahil untuk PDRM muncul sebagai juara seandainya pemilihan pemain dibuat dengan tepat dan mengadakan latihan secara bersistematik dan berterusan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutupan-kejohanan-bola-tampar-dan-petanque-piala-kpn-2011
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:36 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 2 Oktober 2011. 'Yang jauh kita dekat-dekatkan dan yang dekat kita mesra-mesrakan' ungkapan pepatah yang diucapkan oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, pemangku Pengarah Pengurusan yang mewakili YDH Ketua Polis Negara, ketika berucap di Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala KPN 2011 di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berharap, kejohanan ini akan dapat merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturrahim bagi menjalin hubungan yang kekal abadi, seterusnya membina semangat setia kawan di kalangan warga PDRM.

Kejohanan yang dikelolakan oleh Bukit Aman, bermula pada 30 September 2011 hingga 2 Oktober 2011 ini telah menarik 19 pasukan mengambil bahagian dalam sukan bola tampar dan 15 pasukan pula dalam sukan petanque. Kejohanan bola tampar telah berlangsung di PULAPOL Kuala Lumpur sementara petanque pula berlangsung di Briged Tengah PGA, Cheras.

"Adalah menjadi harapan saya agar kejohanan ini akan dijadikan platform oleh Majlis Sukan PDRM untuk membuat persiapan bagi mencari bakat atau pemain PDRM di kejohanan MAKSAK nanti"

"Tidak mustahil untuk PDRM  muncul sebagai juara seandainya pemilihan pemain dibuat dengan tepat dan mengadakan latihan secara bersistematik dan berterusan. Paling utama adalah disiplin diri, sama ada semasa menjalani latihan atau pun ketika pertandingan berlangsung", harapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala KPN 2011.

Turut hadir, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah, dif-dif jemputan, Ahli-ahli Majlis Sukan PDRM, Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur, Pengurus-pengurus Pasukan, Pegawai-pegawai Kanan, para jurulatih, para peserta kejohanan dan wakil-wakil media.

Hadirin dihiburkan oleh Quintet PDRM dan persembahan nyanyian daripada wakil-wakil kontinjen.

Keputusan Kejohanan

Petanque Terbuka Wanita
Johan        : Kedah
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ke 3          : Briged Tengah
Ke 4          : Perak

Petanque Wanita Veteran
Johan        : Briged Tengah
Naib Johan : Perak
Ke 3          : Negeri Sembilan
Ke 4          : Bukit Aman

Petanque Terbuka Lelaki
Johan        : Bukit Aman
Naib Johan : Pulau Pinang
Ke 3          : Kuala Lumpur
Ke 4          : Selangor

Petanque Veteran Lelaki
Johan        : Pulau Pinang
Naib Johan : Briged Tengah
Ke 3          : Bukit Aman
Ke 4          : Selangor

Juara Keseluruhan Petanque Piala KPN 2011
Johan        : Briged Tengah
Naib Johan : Bukit Aman
Ke 3          : Pulau Pinang
Ke 4          : Negeri Sembilan

Bola Tampar Piala KPN 2011
Johan        : Sabah
Naib Johan : Pahang
Ke 3          : Selangor
Ke 4          : Bukit Aman

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Ketibaan YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, pemangku Pengarah Pengurusan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

Majlis Makan Malam Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala Ketua Polis Negara 2011

YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman menyampaikan Sijil Penyertaan kepada Pengurus Pasukan

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Johan Bola Tampar...Kontinjen Sabah

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Johan Petanque Terbuka Wanita..Kontinjen Kedah

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Johan Petanque Terbuka Lelaki...Bukit Aman

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Briged Tengah...Juara Keseluruhan Kejohanan Petanque 2011

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Ucapan Penutup Kejohanan oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, pemangku Pengarah Pengurusan  yang mewakili YDH Ketua Polis Negara

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Johan...Pasukan Bola Tampar Kontinjen Sabah

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Kontinjen Pahang..Naib Juara Bola Tampar

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Pasukan Petanque Kontinjen Kedah

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala Kpn 2011
Pasukan Petanque Briged Tengah

Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM