Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006 2007 Dan 2007 2008

Published: 09 Jun 2014 8.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Sejak program ini dilancarkan pada 2 Julai 2001, program ini telah dapat mengeluarkan seramai 228 graduan terdiri daripada 212 Pegawai PDRM,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutup-program-diploma-sains-siasatan-sesi-2006-2007-dan-2007-2008
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:48 MYT
Kuala Lumpur - 9 Januari 2009. Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan (DSS) Sesi 2006/2007 dan 2007/2008 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.

Hadir sama dimajlis penutup ialah Y.Bhg Profesor Dr. Dato' Mohd Amin Jalaludin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya, YDH DCP Dato Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC I Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Mansor bin Md Isa, Pemangku Pengarah (UMCCed), Pensyarah-Pensyarah UM dan Maktab PDRM serta Pegawai-pegawai kanan.

Sejak program ini dilancarkan pada 2 Julai 2001, program ini telah dapat mengeluarkan seramai 228 graduan terdiri daripada 212 Pegawai PDRM, 4 Pegawai Badan Pencegah Rasuah, 5 Pegawai Angkatan Tentera Malaysia, 6 Pegawai Polis Diraja Brunei dan 1 Pegawai dari Polis Republik Indonesia di Universiti Malaya.

Ini adalah kali pertama majlis penutup diadakan bagi dua sesi ekoran dari perubahan tempoh pengajian yang dipendekkan dari jangka masa lapan belas bulan kepada dua belas bulan bermula bagi sesi 2007/2008. Syarat pengambilan peserta kursus juga telah dipinda untuk memberi peluang kepada pegawai kanan polis yang berpangkat Cif Inspektor menyertai program ini.

Penyiasatan adalah teras kepada tugas dan tanggungjawab  perkhidmatan polis sebagai agensi penguatkuasaan terulung negara ini. Pucuk pimpinan pasukan sentiasa peka dengan segala perkembangan yang berlaku dan mengambil langkah-langkah bagi memantapkan kualiti penyiasatan dari pelbagai aspek. Program DSS adalah salah satu daripada langkah-langkah memperkasakan dan memantapkan kualiti pegawai-pegawai penyiasatan PDRM. Lepasan Diploma ini diharapkan dapat menghasilkan output yang berkualiti dengan mempraktikkan segala kaedah saintifik dan teknologi serta prinsip terkini yang telah dipelajari sepanjang pengajian.

Seramai tujuh puluh dua (72) orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Sains Siasatan di mana 34 graduan bagi sesi 2006/2007 dan 38 orang bagi sesi 2007/2008. Lapan graduan telah menunjukkan kecemerlangan dengan purata nilai Gred Kumulatif 3.81 bagi Sesi 2006/2007 dan bagi Sesi 2007/2008, seorang telah mendapat nilai purata Gred Kumulatif 3.70 manakala secara keseluruhannya seramai 63 orang lagi telah lulus kepujian bagi kedua-dua sesi tersebut.

Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006 2007 Dan 2007 2008
Teks Ucapan YDH Ketua Polis Negara dibaca oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM

Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006 2007 Dan 2007 2008
Sesi Bergambar...Peserta Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006/2007

Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006 2007 Dan 2007 2008
Peserta Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2007/2008

Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006 2007 Dan 2007 2008
Penerima Piala Ketua Polis Negara, Peserta Terbaik Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006/2007 dan 2007/2008. Dari kiri, YDH SAC I Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DSP Lee Bang Sing, ASP Mohamad Zain bin Shaik Meera dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM .

Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006 2007 Dan 2007 2008
Penerima-penerima hadiah graduan terbaik dan penerima piala pusingan Ketua Polis Negara
ArticlePublished 09 Jun 2014 8.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM