Artikel
Majlis Penutup Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006 2007 Dan 2007 2008
Sejak program ini dilancarkan pada 2 Julai 2001, program ini telah dapat mengeluarkan seramai 228 graduan terdiri daripada 212 Pegawai PDRM,..
Kuala Lumpur - 9 Januari 2009. Majlis Penutup Program Diploma Sains
Siasatan (DSS) Sesi 2006/2007 dan 2007/2008 telah disempurnakan oleh YDH
CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM di Dewan
Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.
Hadir sama dimajlis penutup ialah Y.Bhg Profesor Dr. Dato' Mohd Amin Jalaludin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya, YDH DCP Dato Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC I Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Mansor bin Md Isa, Pemangku Pengarah (UMCCed), Pensyarah-Pensyarah UM dan Maktab PDRM serta Pegawai-pegawai kanan.
Sejak program ini dilancarkan pada 2 Julai 2001, program ini telah dapat mengeluarkan seramai 228 graduan terdiri daripada 212 Pegawai PDRM, 4 Pegawai Badan Pencegah Rasuah, 5 Pegawai Angkatan Tentera Malaysia, 6 Pegawai Polis Diraja Brunei dan 1 Pegawai dari Polis Republik Indonesia di Universiti Malaya.
Ini adalah kali pertama majlis penutup diadakan bagi dua sesi ekoran dari perubahan tempoh pengajian yang dipendekkan dari jangka masa lapan belas bulan kepada dua belas bulan bermula bagi sesi 2007/2008. Syarat pengambilan peserta kursus juga telah dipinda untuk memberi peluang kepada pegawai kanan polis yang berpangkat Cif Inspektor menyertai program ini.
Penyiasatan adalah teras kepada tugas dan tanggungjawab perkhidmatan polis sebagai agensi penguatkuasaan terulung negara ini. Pucuk pimpinan pasukan sentiasa peka dengan segala perkembangan yang berlaku dan mengambil langkah-langkah bagi memantapkan kualiti penyiasatan dari pelbagai aspek. Program DSS adalah salah satu daripada langkah-langkah memperkasakan dan memantapkan kualiti pegawai-pegawai penyiasatan PDRM. Lepasan Diploma ini diharapkan dapat menghasilkan output yang berkualiti dengan mempraktikkan segala kaedah saintifik dan teknologi serta prinsip terkini yang telah dipelajari sepanjang pengajian.
Seramai tujuh puluh dua (72) orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Sains Siasatan di mana 34 graduan bagi sesi 2006/2007 dan 38 orang bagi sesi 2007/2008. Lapan graduan telah menunjukkan kecemerlangan dengan purata nilai Gred Kumulatif 3.81 bagi Sesi 2006/2007 dan bagi Sesi 2007/2008, seorang telah mendapat nilai purata Gred Kumulatif 3.70 manakala secara keseluruhannya seramai 63 orang lagi telah lulus kepujian bagi kedua-dua sesi tersebut.

Teks Ucapan YDH Ketua Polis Negara dibaca oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM

Sesi Bergambar...Peserta Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006/2007

Peserta Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2007/2008

Penerima Piala Ketua Polis Negara, Peserta Terbaik Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2006/2007 dan 2007/2008. Dari kiri, YDH SAC I Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DSP Lee Bang Sing, ASP Mohamad Zain bin Shaik Meera dan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM .

Penerima-penerima hadiah graduan terbaik dan penerima piala pusingan Ketua Polis Negara