Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010

Published: 10 Jun 2014 5.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kursus ini diadakan untuk memantapkan lagi dan mempertingkatkan keimanaan dan ketaqwaan warga kerja PDRM. Selain itu, ianya akan menyedarkan tentang perlunya memiliki sifat-sifat berdaya maju..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutup-kursus-bina-insan-pegawai-kanan-polis-bil-1-2010
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:37 MYT

Bangi - 22 Oktober 2010. Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman telah menganjurkan Kursus Bina Insan yang bermula pada 17 Oktober 2010 dan tamat pada pagi ini, 22 Oktober 2010 di AD Country Resort, Teratak Hijaz, Bukit Dugang, Bangi.

Kursus Bina Insan yang julung kali diadakan untuk Pegawai Kanan dari pelbagai jabatan di seluruh Malaysia ini telah dihadiri seramai 29 orang dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Peserta-peserta kursus didedahkan dengan pelbagai skop ceramah yang telah disampaikan oleh pakar ilmuan dari pelbagai bidang, latihan dalam kumpulan, aktiviti luar, 'Team Building' dan juga riadah.

Kursus ini diadakan untuk memantapkan lagi dan mempertingkatkan keimanaan dan ketaqwaan warga kerja PDRM. Selain itu, ianya akan menyedarkan tentang perlunya memiliki sifat-sifat berdaya maju, berdaya juang, berdaya saing, semangat setiakawan dan membentuk jatidiri sebagai seorang yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara.

Majlis Penutupan Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1/2010 ini telah disempurnakan oleh YDH Supt. Abd Patah bin Ahmad, Superintendan Pentadbiran (BAKA). Hadir sama ialah Supt. Mary Yong Meng Yoong, Superintendan Kaunseling BAKA, DSP Nor Ainin binti Hj. Nuh, Penyelaras Kursus Bina Insan, barisan fasilitator dari BAKA serta  wakil dari Balai Polis Dengkil dan Balai Polis Batu 9.

"Manfaatkanlah ilmu yang diperolehi dari kursus ini kepada pegawai, anggota, keluarga dan komuniti dibawah jagaan  tuan-tuan,  sebarkan mesej-mesej positif untuk menaikkan sahsiah diri mereka"

'Terapkan nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan insan yang amanah, ikhlas, tekun, sabar, adil dan berdisiplin bagi membentuk warga PDRM yang berintegriti dan mempunyai jati diri yang tinggi berlandaskan Islam Hadhari' antara ucapan penutupan beliau.

Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010
Ucapan oleh DSP Nor Ainin binti Hj. Nuh, ,DSP Kaunseling Kerjaya BAKA merangkap Penyelaras Kursus Bina Insan

Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010
Ucapan Perasmian Penutupan Kursus Bina Insan oleh YDH Supt. Abd Patah bin Ahmad, Superintendan Pentadbiran (BAKA)

Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010
Kumpulan yang mendapat markah tertinggi menerima cenderahatai daripada  YDH Supt. Abd Patah bin Ahmad

Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010
Penghulu Kursus Bina Insan, ASP Dzulbaharin bin Ismail menyampaikan cenderahati kepada Supt. Abd Patah bin Ahmad

Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010
Cenderahati kepada Supt. Mary Yong Meng Yoong, Superintendan Kaunseling BAKA

Majlis Penutup Kursus Bina Insan Pegawai Kanan Polis Bil 1 2010
Peserta-peserta Kursus Bina Insan bergambar kenangan di AD Country Resort, Teratak Hijaz

ArticlePublished 10 Jun 2014 5.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM