Article
Majlis Pengkisahan Sejarah Perjuangan Pdrm Dalam Mencapai Dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara
Majlis Pengkisahan Sejarah Perjuangan PDRM Dalam Mencapai Dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara..
Maktab Polis Diraja Malaysia - 12 Julai 2007. YDH Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara telah merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Perjuangan PDRM Dalam Mencapai Dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara di Auditorium Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Y.A.Bhg. Tun Mohammed Haniff bin Omar, Mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Encik Sidek bin Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia,YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH SAC 1 Dato' Mohd Amin Abdullah, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai kanan Jabatan Arkib Negara Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Majlis Pengkisahan Sejarah Perjuangan PDRM Dalam Mencapai Dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara adalah satu majlis yang dianjurkan bersama di antara Polis Diraja Malaysia dan Arkib Negara Malaysia bagi menyemarakkan lagi Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara. Majlis yang diadakan ini juga adalah bersempena dengan Sambutan 50 Tahun Arkib Negara Malaysia dan Sambutan 200 tahun Penubuhan pasukan Polis.
Pemilihan tajuk 'Perjuangan PDRM Dalam Mencapai Dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara ' serta tema majlis ini 'Semangat Dijulang, Bakti Dikenang' mempunyai hubungan langsung bagi PDRM dan masyarakat untuk meningkatkan lagi semangat Patriotisme dan Iltizam, supaya polis dan masyarakat sentiasa bersama-sama berganding bahu memelihara keamanan negara.
Dalam ucapan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, beliau berharap usaha dan kerjasama dengan Arkib Negara dalam menganjurkan majlis seumpama ini akan akan terus terjalin dan menjadi contoh kepada individu, Persatuan Bekas Polis, Pertubuhan-pertubuhan atau NGO lain, terutamanya dalam meniupkan semangat patriotisme yang sejati, serta menyedarkan generasi masa kini dan masa akan datang, bahawa negara Malaysia yang telah didaulatkan ini adalah hasil daripada perjuangan dan pengorbanan yang tidak pernah kenal penat lelah oleh generasi masa lalu.
Dimajlis tersebut juga, empat orang tokoh telah diundang khas yang terdiri daripada tiga orang bekas pegawai kanan polis dan seorang bekas anggota polis iaitu Y.A.Bhg. Tun Mohammed Haniff bin Omar, Y.Brs. EncikPaul Kiong, Y.Brs. Puan Kairunisa bt. Karim dan Y.Brs. Tuan Haji Aris bin Musa. Keempat-empat tokoh ini merupakan individu yaang telah banyak menabur jasa dan khidmat bakti kepada PDRM khususnya, dan negara kita amnya. Jasa dan pengorbanan keempat-empat tokoh ini semasa berkhidmat di dalam Pasukan Polis perlu diiktiraf dan dihormati oleh semua pihak. Mereka merupakan perwira negara yang selama ini telah menyumbangkan sebahagian besar dari kehidupan mereka dengan menyerahkan jiwa dan raga, semata-mata untuk menentukan keselamatan negara ini sentiasa terjamin

Simbolik...Majlis Pengkisahan Sejarah Perjuangan PDRM Dalam Mencapai Dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara

Tokoh-tokoh pengkisah...YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan tokoh-tokoh pengkisah.Dari kiri, Y.Brs. Tuan Haji Aris bin Musa, Y.Brs. Puan Kairunisa bt. Karim,Y.A.Brs Tun Mohammed Haniff bin Omar dan Y.Brs. Encik Paul Kiong.