Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Taklimat Trend Jenayah Semasa

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Majlis Taklimat 'Trend' Jenayah Semasa telah diadakan di Auditorium Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taklimat-trend-jenayah-semasa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:10 MYT

Maktab PDRM Kuala Lumpur - 14 Julai 2007. Majlis Taklimat 'Trend' Jenayah Semasa telah diadakan di Auditorium Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Majlis telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara.Taklimat telah disampaikan oleh YDH CP Dato' Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Hadir sama dimajlis tersebut ialah Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Pesuruhjaya Polis, Ketua-ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Turut dijemput ialah wakil-wakil Persatuan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Perniagaan Cina Malaysia, Persatuan Perniagaan India Malaysia, Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Persatuan Pekedai Emas Malaysia, Persatuan Bank-Bank Malaysia dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia.

Dimajlis tersebut juga diadakan sesi dialog antara YDH Ketua Polis Negara dan wakil-wakil persatuan yang hadir. Selain itu, pameran pencegahan jenayah juga telah dipertontonkan kepada hadirin yang hadir dari Cawangan Hal Ehwal Awam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, C4 Idan juga Forensik.Majlis ini diharap akan menjadi 'platform' terbaik kepada semua pihak bagi mencari rumusan mencegah jenayah daripada terus berlaku, dimana jenayah mestilah diperangi habis-habisan.

Taklimat Trend Jenayah Semasa
YDH CP Dato' Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM memberi penerangan yang jelas dan terperinci berhubung dengan 'trend' jenayah masa kini.

Taklimat Trend Jenayah Semasa
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara menjawab soalan-soalan yang diajukan daripada wakil-wakil yang hadir di sesi dialog.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM