Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Kuala Lumpur - 22 Julai 2011
Global
Peace Index atau Indeks Keamanan Global yang diumumkan pada bulan Mei
2011 lalu menunjukkan Malaysia berada di tempat ke-9 dari 153 buah
negara yang disenaraikan. Berbanding pada tahun 2007, kita berada di
tangga ke-7 dan pada tahun 2009 di tangga ke-26. Penarafan ini,
menunjukkan Malaysia adalah negara kedua paling aman di Asia selepas
Jepun dan di peringkat rantau Asia Tenggara. Secara relatifnya rakyat
kini berasa lebih selamat dengan kehadiran polis yang kian melata dan
tindakan yang cepat dalam menyelesaikan masalah penduduk.
Bagi
menghargai usaha-usaha dan kejayaan ini, satu Majlis Penganugerahan
Balai League Table Siri 1/2011 telah berlangsung di Hotel Berjaya Times
Square, Kuala Lumpur. Majlis pada petang ini dirasmikan oleh YDH IG Tan
Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara. Majlis pada petang
ini adalah untuk meraikan kejayaan anggota-anggota polis di balai-balai
yang memperolehi prestasi tertinggi dan berjaya menduduki ranking
teratas dalam kategori balai masing-masing.
Di
majlis petang ini, YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan hadiah
kepada pemenang-pemenang. Keputusan pemenang bagi Balai League Table
Siri 1/2011 (Januari - April) adalah seperti berikut :-
| BLT PDRM SIRI 1/2011 (JANUARI - APRIL) | |||
| KATEGORI BALAI | TEMPAT PERTAMA | TEMPAT KEDUA | TEMPAT KETIGA |
| A | BP Wangsa Maju, Sentul, Kuala Lumpur. | BP Jinjang, Sentul, Kuala Lumpur. | BP Batu 9, Kajang, Selangor. |
| B | BP Kluang, Kluang Johor. | BP Salak Selatan Baru, Cheras, Kuala Lumpur. | BP Banting, Banting, Selangor. |
| C | BP Pendang, Pendang, Kedah. | BP Bandar Baru, Timur Laut, Pulau Pinang. | BP Gurun, Kuala Muda, Kedah. |
| D | BP Gunong, Bachok, Kelantan. | BP Papar, Papar, Sabah. | BP Air Jernih, Kemaman, Terangganu. |
| E | BP Taman Pasir Putih, Seri Alam, Johor. | BP Aulong, Taiping, Perak. | BP Changkat Jering, Taiping, Perak. |
Turut
hadir petang ini Y.Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua
Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato' Sri Khalid
bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Robiah binti
Abd Ghani, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Penaung Initiative
12 Balai League Tables NKRA Bagi
NKPI, Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah NKRA Jenayah (PEMANDU) Jabatan
Perdana Menteri, YDH Dato'-Dato' Pesuruhjaya Polis Negeri, Dato'-Dato'
Ketua Polis Negeri, Dato'-Dato' Pegawai Kanan Polis, Ketua-Ketua Polis
Daerah, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM
dan wakil-wakil media.
"Di
sini saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan kepada
para wartawan dan rakan media yang sentiasa memberi ruang untuk
memaparkan usaha-usaha dan kejayaan-kejayaan yang dijalankan oleh pihak
polis. Melalui penyiaran aktiviti-aktiviti kepolisan di media cetak dan
media elektronik juga menjadi medium kepada saya untuk memantau apa yang
berlaku di bawah sana. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah
kepada Pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri serta Ketua Polis
Daerah yang telah keluar dari confort zone
dengan mengadakan pelbagai aktiviti dengan masyarakat. Semoga
kemeriahan dan kegemilangan penganugerahan ini akan menjadi dorongan
kepada balai-balai lain untuk berusaha mempertingkatkan prestasi
perkhidmatan dan keupayaan penyampaian perkhimatan melalui pelbagai idea
yang unik dan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara
Malaysia yang tercinta", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan
perasmian.

Ucapan perasmian YDH Ketua Polis Negara

Juara Kategori A

Tempat Kedua bagi Kategori A

Tempat Ketiga bagi Kategori A

Juara bagi Kategori B

Tempat Kedua bagi Kategori B

Tempat Ketiga bagi Kategori B

Juara bagi kategori C

Tempat Kedua bagi Kategori C

Tempat Ketiga bagi Kategori C

Juara bagi Kategori D

Tempat Kedua bagi Kategori D

Tempat Ketiga bagi Kategori D

Juara bagi Kategori E

Tempat Kedua bagi Kategori E

Tempat Ketiga bagi Kategori E

Sidang media YDH Ketua Polis Negara
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Shareel bin Shariman