
Article
Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Anjuran Pdrm Tahun 2022 Bersama Mdn
Kuala Lumpur, 25 April 2022 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin petang tadi hadir majlis iftar dengan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) d...
Kuala Lumpur, 25 April 2022 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin petang tadi hadir majlis iftar dengan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, dekat sini.
Ketibaan MDN bersama isteri, Datin Seri Norashikin Datuk Abdul Ghani ke Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Anjuran PDRM itu telah disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Dato' Razarudin Husain.
Dalam majlis tersebut, Dato' Seri Hamzah bersama isteri turut diiringi Tan Sri Acryl Sani dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaiton Mohs Isa, menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada 30 anak-anak yatim warga Pasukan dari seluruh jabatan di Bukit Aman.
Majlis turut diserikan dengan sesi Tazkirah Ramadan oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, SAC Hj. Ghazali Hj. Daud.
Sejurus selesai, Dato' Seri Hamzah dan para hadirin berbuka puasa serta menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih secara berjemaah di ruang solat utama masjid.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah, Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Zainah Othman.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.