
Artikel
Artikel Pilihan Jurulatih Renang Antara 4 Ditahan Seludup Edar Syabu Rm10 3 Juta
Kuala Lumpur, 25 April 2022 - Jurulatih renang adalah antara empat individu yang ditahan bersama 287 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM10....
Kuala Lumpur, 25 April 2022 - Jurulatih renang adalah antara empat individu yang ditahan bersama 287 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM10.3 juta dalam serbuan di Selangor dan Johor pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Semua suspek lelaki berusia 25 hingga 29 tahun itu ditahan menerusi empat serbuan berasingan bermula jam 1.40 petang Jumaat hingga 12.30 pagi Sabtu lalu, dengan dua ditahan di Puchong, Selangor, manakala dua lagi di Johor Bahru, Johor.
Tangkapan dan rampasan adalah hasil siasatan dan risikan bersama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Selangor serta JSJN Johor dan semua dadah ditemui disimpan dalam dua kondominium di sekitar Selangor.
Pengarah JSJN, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket ini dipercayai menyeludup masuk dadah dari negara jiran melalui jalan laut di utara tanah air sebelum transit di Lembah Klang.
"Dadah berkenaan kemudian akan dibawa ke Johor dan ia kemudian akan diseludup keluar dengan menggunakan kapal laut ke negara jiran terutama ke Indonesia menggunakan kapal laut.
"Sindiket ini dikesan aktif sejak Januari lalu dan bekalan dadah turut diedarkan untuk pasaran tempatan di Selangor dan Johor," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Dalam pada itu, katanya polis turut menyita pelbagai aset sindiket antaranya tiga kenderaan bernilai RM168,000 dan wang tunai RM5,000 dengan nilai keseluruhan dan sitaan harta berjumlah RM10.5 juta.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../jurulatih-renang-antara-4...
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA