Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Pesara Pesara Polis

Diterbitkan: 05 Jun 2015 12.56 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Majlis yang berlangsung dalam suasana yang penuh mesra dan muhibbah itu dihadiri seramai lebih kurang 100 pesara polis dari seluruh Malaysia yang antara lainnya bertujuan untuk membantu mengembalikan persepsi positif masyarakat luar terhadap institusi PDRM yang semakin mendapat digugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penerangan-isu-semasa-bersama-pesara-pesara-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:34 MYT

Oleh Muhamad Rafsamjani Bin Shamsul Bahar. 

Bukit Aman, 5 Jun 2015 – Bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman petang tadi telah berlangsungnya perjumpaan empat mata dan sesi dialog antara Ketua Polis Negara dengan pesara-pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah berkhidmat sejak era 50-an lagi.

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang penuh mesra dan muhibbah itu dihadiri seramai lebih kurang 100 pesara polis dari seluruh Malaysia yang antara lainnya bertujuan untuk membantu mengembalikan persepsi positif masyarakat luar terhadap institusi PDRM yang semakin mendapat digugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar mengalu-alukan kehadiran dan majlis seperti ini menegaskan bahawa pesara-pesara PDRM tetap menjadi aset penting sehinggakan diiktiraf bakti dan sumbangan mereka oleh pihak kerajaan.

“Pesara-pesara polis turut mempunyai peranan yang sangat penting disamping menjadi “Mata dan telinga” kepada PDRM terutamanya dalam membasmi kegiatan jenayah di tempat masing-masing," ujar beliau.

Dalam majlis tersebut, Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Malaysia turut menyampaikan sumbangan khas kepada mangsa-mangsa banjir PDRM yang terjejas dalam kejadian banjir besar akhir tahun lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Nor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Pesara Pesara Polis
Ucapan Ketua polis Negara 

Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Pesara Pesara Polis
penyampaian cenderahati 

Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Pesara Pesara Polis
ucapan wakil pesara polis 

Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Pesara Pesara Polis
Sekitar Majlis 

Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Pesara Pesara Polis
Sesi dialog 

Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Pesara Pesara Polis
Nyanyian lagu Sedia Berkhidmat 
ArtikelDiterbitkan 05 Jun 2015 12.56 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM