5 Suspek Pengedar Dadah Di Tahan Di Pulau Pinang
Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita dipercayai pengedar dadah dalam dua serbuan di sekitar Pulau Pinang, kelmarin, serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM192,680.
Dalam serbuan pertama pada jam 2.45 pagi, polis menahan tiga lelaki di Bandar Tasek Mutiara, di sini, dan merampas 2,560 pil ecstasy, 264 gram kafein, 300 mililiter cecair dadah dan 14 gram serbuk ecstasy.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt. Guan Beng Kang, berkata dalam serbuan berkenaan pihak polis turut merampas kereta BMW, dipercayai digunakan untuk menyimpan stok dadah.
Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 29 hingga 33 tahun direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian