Article
Majlis Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Kuala Lumpur, 23 Sept – Sebuah Majlis Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012 Polis Diraja Malaysia telah diadakan di Mes Pegawai Kanan PDRM...
Majlis yang dihadiri 55 orang penerima daripada 9,838 penerima seluruh negara ini diadakan untuk menghargai usaha-usaha pegawai, anggota dan kakitangan awam yang sedaya upaya meningkatkan tahap inovasi, kreativiti, keupayaan yang cemerlang dalam konteks budaya kerja, sikap, profesionalisme, ketegasan, kecekapan dan kesanggupan untuk melakukan usaha-usaha penambahbaikan secara konsisten.
Setiap penerima anugerah akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang tetapi juga akan menerima Sijil Simpanan Premium BSN bernilai satu ribu ringgit (RM1,000) serta berpeluang untuk dicalonkan sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan PDRM,penerima-penerima sijil, wakil-wakil Bank Simpanan Nasional(BSN),dan wakil-wakil media.
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.
Sepanjang majlis berlangsung.
Sesi penyampaian sijil.
Sesi penyampaian cenderamata.
Sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah.