Simposium Polis Bantuan Se- Malaysia
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
KUALA
LUMPUR - 23 September 2013. Polis Bantuan telah wujud sejak tahun 1948
dan sehingga kini, terdapat sejumlah 153 agensi Polis Bantuan iaitu 25
agensi Kerajaan, 24 Badan Berkanun, 34 GLC, 62 syarikat swasta, 3 Pihak
Berkuasa Tempatan, 3 IPTA dan 1 IPTS yang mentadbir-urus operasi Polis
Bantuan dengan perjawatan yang diluluskan untuk Polis Bantuan sebanyak
40,610 orang.
"Dengan kekuatan sedemikian, harapan saya adalah amat besar, iaitu agar agensi Polis Bantuan dapat menjadi 'partner' atau stakeholder
yang penting di dalam memberi sumbangan ke arah usaha pencegahan
jenayah', ucap YDH CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan
Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah ketika merasmikan Simposium Polis
Bantuan Se-Malaysia.
Simposium
Polis Bantuan Se-Malaysia telah berlangsung di Dewan Bankuet, Pusat
Latihan Polis Kuala Lumpur pagi tadi, sumbangan penajaan Tenaga Nasional
Berhad.
Dalam
ucapannya, beliau berharap Polis Bantuan seharusnya memiliki
nilai-nilai disiplin, etika dan peraturan-peraturan tertentu yang mesti
dipatuhi pada setiap masa kerana etika dan disiplin, adalah simbol
ketegasan dan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang, yang akan
membezakannya dengan organisasi-organisasi lain, yang bebas dan tidak
terikat.
"Bagi
mempamerkan tahap disiplin yang tinggi, ia perlu seiring dengan
komitmen yang bersungguh-sungguh oleh para penyelia dan anggota itu
sendiri. Saya berharap semua peringkat pegawai dan anggota Polis Bantuan
dapat diberikan penekanan tentang disiplin melalui latihan secukupnya.
Hanya dengan kemahiran dan latihan secukupnya dapat meningkatkan mutu
perkhidmatan serta dapat meningkatkan tahap disiplin di kalangan
mereka", tambah beliau lagi.
"Saya
berharap, simposium ini akan dapat menghasilkan satu rumusan baru yang
lebih mantap, berpaksikan inovasi untuk memastikan Polis Bantuan tetap
relevan di dalam menyumbang jasa kepada masyarakat dan negara serta
mengukuhkan ikatan sedia ada bersama PDRM" akhiri ucapan perasmian.
Sempena Simposium
Polis Bantuan Se-Malaysia ini juga, dua sesi taklimat telah disampaikan
oleh Supt. Moktar bin Mohd Noor, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman, bertajuk 'Perundangan Polis Bantuan' dan 'Keselamatan
Semasa' oleh ACP Abdul Rahman bin Khalil, E2D, Cawangan Khas Bukit Aman.
Turut
hadir, Y.Bhg Datuk Mohammad Fuad bin Talib, Pemangku Presiden Persatuan
Polis Bantuan Malaysia, YDH SAC Wan Mohamad bin Wan Abdullah, Ketua
Penolong Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah
(Sukarelawan/Simpanan Polis/Polis Bantuan/Rela/JPAM), Y.Bhg Encik
Rumaizi bin Mohd Amin, Pengurus Besar (Perkhdidmatan Keselamatan Tenaga
Nasional Berhad), YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL Kuala
Lumpur, Y.Bhg Encik Zakaria Merican, Penasihat Persatuan Polis Bantuan, Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta peserta-peserta simposium.
Ketibaan YDH CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah di Dewan Bankuet, PULAPOL Kuala Lumpur.
Menandatangani Buku Pelawat
Nyanyian lagu Negaraku
Doa selamat....
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Datuk Mohammad Fuad bin Talib, Pemangku Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia
Ucapan perasmian ...
YDH CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah menyampaikan cenderahati
Taklimat disampaikan oleh Supt. Moktar bin Mohd Noor, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Taklimat 'Keselamatan Semasa' oleh ACP Abdul Rahman bin Khalil, E2D, Cawangan Khas Bukit Aman.
Antara yang hadir...