Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor SUKSIS Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara di sini pagi tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pemakaian-pangkat-pegawai-kehormat-kor-suksis-umt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:55 MYT

KUALA TERENGGANU-12 Mac 2011.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor SUKSIS Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara di sini pagi tadi.

Upacara ini adalah Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Tongkat Kuasa kepada Assisten Komisioner Polis Kehormat Prof. Dr. Yahaya Bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Komandan Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS). Turut menyertai upacara pemakaian pangkat pada majlis ini ialah Superintenden Kehormat Hj. Awang Koding Bin Che Tom, Ketua Pusat Ko-Kurikulum merangkap Timbalan Komandan Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) dan Deputi Superintenden Kehormat Hj. Muhammad Rafee Bin Jusuh, Pegawai Sukan Universiti Malaysia Terengganu.

Berucap dalam majlis itu, Ketua Polis Negara mengucapkan syabas kepada warga UMT atas penganjuran Majlis Pemakaian Pangkat Kor SUKSIS UMT yang julung-julung kalinya diadakan di sini. Beliau berharap penubuhan Kor Suksis di universiti ini dijadikan titik permulaan dalam usaha ke arah meneruskan agenda memperkukuh sahsiah, penampilan dan jati diri siswa-siswi sebagai persiapan laluan untuk mereka menjadi pemimpin negara yang berwibawa di masa hadapan.

Penubuhan Kor SUKSIS di Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara merupakan manifestasi hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan dan generasi yang terpupuk dengan jati diri dan tersemai dengan semangat cintakan bangsa dan negara, demi membentuk sebuah masyarakat madani yang berteraskan nilai-nilai murni.

Universiti Malaysia Terengganu yang mana sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), telah mengorak langkah melalui pengambilan kumpulan pertama dari kalangan siswa-siswi seramai 53 orang pada 18 Julai 2006. Kini keahlian Kor SUKSIS UMT ini telah bertambah kepada 179 anggota, yang terdiri daripada 84 siswa dan 95 siswi.
 
Melalui pendedahan dan pengalaman yang diperolehi sebagai anggota Kor Suksis, diharap boleh menarik minat siswa-siswi UMT untuk terus menceburi kerjaya bersama PDRM selepas tamat pengajian kelak.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt
YDH Ketua Polis Negara memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt
Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt
YDH Ketua Polis Negara menyempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor SUKSIS sambil disaksikan oleh YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar semasa Sidang Media.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Kor Suksis Umt
Sesi bergambar kenangan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Wartawan   : L/Kpl Khaidzir bin Mahmad
Gambar      : Sumber dari HEA IPK Terengganu
Penyunting : Insp Nurleen Hannah

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM