Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis
Kuala Lumpur, 24 Feb – Seramai 42 pegawai kanan polis diberi penghormatan dalam Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Mes Pegawai Kanan Polis Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Dalam ucapan beliau , Ketua Polis Negara berkata kejayaan sesebuah jabatan diukur dari sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat serta bergantung kepada pucuk kepimpinan yang berkesan dalam memastikan visi dan misi pasukan dipenuhi.
"Sehubungan itu, kita haruslah menghayati pendekatan 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada' yang selari dengan dasar perkhidmatan awam untuk 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' demi memberikan perkhidmatan yang cemerlang," katanya.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang menerima kenaikan pangkat pada hari ini.
Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, warga PDRM serta rakan media.
Bergambar kenangan di Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memakaikan pangkat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur CP Dato' Amar Singh Ishar Singh...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memakaikan pangkat kepada CP Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin..
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memakaikan pangkat kepada CP Dato' Hj Mohd Haniff Hj Hanuddin...
Bacaan Doa....
Pengacara Majlis...
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar...