Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Beberapa Jalan Utama Di Johor Bahru Ditutup Berperingkat Sempena Chingay

Diterbitkan: 25 Feb 2016 6.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.33 PM
Johor Bahru, 25 Feb - Beberapa jalan utama di pusat bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai esok hingga Isnin depan sempena perarakan Chingay.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/beberapa-jalan-utama-di-johor-bahru-ditutup-berperingkat-sempena-chingay
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT


Johor Bahru, 25 Feb - Beberapa jalan utama di pusat bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai esok hingga Isnin depan sempena perarakan Chingay.

Ketua Cawangan Khas Johor, Dato’ Ramli Hassan berkata jalan yang akan ditutup mulai 10.30 pagi hingga 1.30 petang esok, adalah Jalan Gereja, Jalan Tun Razak, Jalan Ulu Air Molek, Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Susur Ibrahim dan Jalan Wong Ah Fook.

"Jalan yang akan ditutup mulai 8.30 pagi hingga 2.30 petang, Sabtu ini pula adalah Jalan Trus, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Razak dan Jalan Ulu Air Molek.

"Ia ditutup bagi acara 'membawa tokong keluar' yang bermula dari Kuil Kuno di Jalan Trus dan berakhir di Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ramli berkata, pada kemuncak perarakan malam, iaitu pada Ahad, jalan-jalan utama akan ditutup dalam dua peringkat iaitu mulai pukul 3.30 petang hingga 5 petang dan 5 petang hingga 3 pagi, Isnin.

Beliau berkata, peringkat pertama akan melibatkan Persimpangan Jalan Gertak Merah/Jalan Dato' Menteri dan Jalan Ayer Molek manakala peringkat kedua pula akan melibatkan persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Chat/Jalan Abu Bakar, Jalan Ayer Molek/Gertak Merah, Persimpangan lampu isyarat Jalan Dato' Onn/Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Meldrum, Jalan Siu Nam, Jalan Siu Chin, Pusingan 'U' Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Station, Jalan Abu Bakar serta Susur Lingkaran Dalam/Jalan Abu Bakar.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif seperti Singapura-Jalan Skudai-Lingkaran Dalam-Jalan Skudai (Pantai Lido) dan Singapura-Kota Tinggi-Kuala Lumpur-Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Menurut Ramli, Persatuan Tiong Hua Johor Bahru juga ada menyediakan pengangkutan bas percuma dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bagi laluan Danga City Mall dan Wisma Maria mulai 4 petang hingga 2 pagi, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Pada Isnin pula, laluan yang akan ditutup mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari adalah melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Ngee Heng dan Jalan Trus. Ia bagi acara 'membawa balik tokong' bermula dari Kuil Xing Gong (Jalan Ulu Air Molek) ke Kuil Kuno (Jalan Trus) secara melawan arus," katanya.

Ramli berkata pihaknya menyediakan keanggotaan secukupnya bagi mengawal keselamatan orang ramai sepanjang perarakan terbabit dan sehubungan itu, orang ramai juga dinasihati supaya mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan seperti tidak membakar mercun sepanjang perarakan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Feb 2016 6.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.33 PM