Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Kluang, Johor - 24 November 2010.
Rumahtangga
merupakan 'Alam Baru' yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan.
Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan
pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman
sesama mereka.
Justeru itu, selaras dengan tujuan untuk merealisasikan hasrat pucuk pimpinan sebagaimana yang terkandung dalam Strategi 7 Pelan Integriti Organisasi (PIO) PDRM iaitu memantapkan institusi kekeluargaan warga PDRM, pucuk pimpinan PDRM mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program keluarga Sakinah kepada warga PDRM dengan menggunakan pendekatan Modul Keluarga Sakinah sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT).
Pembinaan sahsiah diri individu sebenarnya bermula daripada pembentukan jiwa yang sihat, yang dipupuk sejak dari kandungan lagi. Maka di sinilah kekeluargaan memainkan peranannya sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan dan merencanakan individu untuk menjadi insan cemerlang dan seterusnya membentuk masyarakat seimbang.
Program Keluarga Sakinah Peringkat PDRM dianjurkan oleh Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) PDRM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) adalah salah satu usaha menjadikan institusi kekeluargaan warga PDRM dibentuk dengan penuh harmoni dan sistematik dengan berlandaskan ajaran agama Islam.
Pendekatan yang diambil oleh PDRM dalam melaksanakan Modul Keluarga Sakinah di mana ienya membawa maksud Sabar, Amanah, Kasih, Intim, Nadi kepada, Aman dan damai, dan Harmoni, adalah selaras dengan matlamat kerajaan yang mementingkan pengukuhan dan pemantapan institusi keluarga.
10 Modul Keluarga Sakinah adalah seperti berikut:-
Modul 1 : Persediaan Pra Perkahwinan
Modul 2 : Persediaan Keibu Bapaan
Modul 3 : Pra Keibu Bapaan (hamil)
Modul 4 : Asuhan, Bimbingan dan Pendidikan (bayi hingga mumayyiz)
Modul 5 : Asuhan, Bimbingan dan Pendidikan (mumayyiz hingga baligh)
Modul 6 : Alam Remaja
Modul 7 : Alam Dewasa
Modul 8 : Alam Matang
Modul 9 : Usia Emas
Modul 10 : Husnul Khatimah
"Dengan kejayaan Program Keluarga Sakinah ini, saya bereharap agar Pasukan PDRM akan bertambah utuh dengan utuhnya institusi keluarga PDRM" kata Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop.
Turut hadir pada majlis tersebut iaitu YDH DIG Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Mortadza Bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar Bin Hj. Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim dan Institut Integriti Malaysia.
Di akhir ucapannya, beliau menyeru semua pihak agar turut bersama dengan kerajaan dalam memperkukuhkan Institusi Keluarga. Beliau berharap usaha-usaha ini dapat membantu membendung gejala-gejala sosial dari terus membelenggu masyarakat dan mewujudkan keluarga yang harmoni dan sejahtera.
"Modul Keluarga Sakinah merupakan langkah tepat dan bersesuaian dengan hasrat pucuk pimpinan untuk melihat institusi keluarga warga PDRM dibentuk dengan penuh harmoni dan sistematik beerlandaskan ajaran Islam".
"Saya yakin, sekiranya institusi kekeluargaan warga PDRM utuh, mantap pengetahuan dan penghayatan agama Islam, maka ianya akan menjelmakan satu pasukan yang lebih mantap, berintegriti dan disegani masyarakat", antara ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
Sempena Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah PDRM ini, pada 23 November 2010 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail telah diadakan juga Kursus Pemantapan Integriti dan Bengkel Keluarga Sakinah yang dihadiri oleh pegawai dan anggota serta keluarga PDRM Kontinjen Johor.
Sementara itu. di
perkarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, beberapa gerai pameran turut
disediakan dan antara yang mengambil bahagian ialah dari Agensi Anti
Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia, dan Putra Specialist Hospital Batu Pahat.
Program
Keluarga Sakinah PDRM dilancarkan oleh YB Dato' Wira Abu Seman Bin
Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail,
Dataran Tasik, Kluang, Johor
Antara pegawai-pegawai yang hadir..
Ahli-ahli PERKEP Malaysia juga tidak ketinggalan mengikuti Program Keluarga Sakinah PDRM.
Polis dan masyarakat turut sama di Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah PDRM
YDH
DIG Datuk Hussin Bin Haji Ismail Menyampaikan Buku Modul Keluarga
Sakinah kepada YB Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam
Negeri
Cenderahati kepada Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Penyerahan Taklif antara ibu bapa dan anak...
Penyampaian plak kepada Kpl Azlan bin Aris dari PSP No. 2, Johor Bahru

Kpl Sabri bin Yusof dari IPD Muar yang mengikuti Program Keluarga Sakinah
Gerai pameran Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Pendaftaran Rakan Cop di gerai Hal Ehwal Awam Kontinjen Johor.