Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya juga berharap, kempen ini tidak hanya terikat dengan objektif yang telah dipaparkan, tetapi menjadi 'platform' yang lebih teguh ke arah perpaduan kaum, persefahaman budaya dan anutan agama di kal..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ride-it-right-anjakan-paradigma-kepada-golongan-rempit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:06 MYT
Bukit Aman - 25 November 2010

Polis Diraja Malaysia memberi kerjasama dengan Eramaster Resources Sdn Bhd dan UMW Pennzoil dalam menganjurkan Kempen Kesedaran Rempit Peringkat Kebangsaan 2010-2011.

Kempen yang dinamakan "Ride It Right" atau dalam bahasa yang lebih mudah, Mat Rempit, Tunggang...Jangan Tunggang Langgang telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Haji ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman pada petang ini.

"Tunggang...jangan Tunggang-Langgang" adalah satu program komuniti yang cenderung kepeda penerapan nilai sivik yang lebih tinggi dikalangan muda mudi, khasnya dalam industri pemotoran. kempen kesedaran ini adalah satu inisiatif dalam mengurangkan gejala sosial yang tidak sihat di kalangan remaja hari ini ke generasi pelapis yang seterusnya.

Program ini khusus ditujukan kepada individu-individu rempit dengan mengumpulkan mereka dalam satu aktiviti yang dicadangkan di semua negeri. Program ini juga bertujuan untuk mendidik dan mengubah budaya serta gaya hidup remaja yang terlibat dalam kegiatan rempit.

Aktiviti ini juga dirancang bagi membentuk para remaja supaya lebih bertanggungjawab dan juga memberikan mereka peluang supaya lebih bertanggungjawab dan juga memberikan mereka peluang untuk menjadi warganegara yang lebih prihatin, berguna dengan penerapan nilai-nilai murni, selari dengan aspirasi negara membentuk keharmonian dan kesejahteraan sejati rakyat Malaysia.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh PDRM bagi tempoh lima tahun yang lalu, mendapati lebih 60 % kemalangan maut adalah melibatkan penunggang-penunggang motosikal.

"Saya berharap, kempen ini akan mengubah budaya pemanduan masyarakat malaysia kepada pemanduan yang berhemah dan selamat semasa di jalan raya".

"Saya juga berharap, kempen ini tidak hanya terikat dengan objektif yang telah dipaparkan, tetapi menjadi 'platform' yang lebih teguh ke arah perpaduan kaum, persefahaman budaya dan anutan agama di kalangan remaja Malaysia", harapan YDH Ketua Polis Negara semasa majlis perasmian.

Kempen ini akan memulakan jelajah pertamanya pada 11 Disember 2010 di Padang Kota lama, Pulau Pinang yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12 tengahmalam. Dengan kerjasama dari Ketua Polis Negeri, 'Ride It Right' akan menjelajah di 13 negeri dan dijangka seramai 10,000 remaja akan menyertai kempen ini di setiap negeri. Antara program yang dirancang ialah pertandingan motosikal tercantik, pertandingan karaoke, 'street soccer', lumba motosikal selamat dan juga akademi perlumbaan.

Hadir sama di Majlis Pelancaran "Ride It Right" Sempena Kempen Kesedaran Rempit Peringkat Kebangsaan 2010-2011 ialah YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Encik Ruslan bin Abd Ghani, Pengurus Besar UMW Pennzoil, Y.Bhg Encik Suhaimi bin Abd jalil, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Ride It Right, YDH SAC Dato' Abdul Azizi bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit
Majlis Pelancaran "Ride It Right" Sempena Kempen Kesedaran Rempit Peringkat Kebangsaan 2010-2011

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Encik Suhaimi bin Abdul Jalil, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola "Ride It Right"

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit
Ucapan Perasmian oleh YDH Ketua Polis Negara

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit
Gimik pelancaran "Ride It Right"...

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit
Y.Bhg Encik Suhaimi bin Abdul Jalil menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit
Cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara...

Ride It Right Anjakan Paradigma Kepada Golongan Rempit
Bergambar kenangan di hadapan Menara 1, Bukit Aman
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM