Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia

Published: 10 Jun 2014 6.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pendekatan yang diambil oleh PDRM dalam melaksanakan Modul Keluarga Sakinah dimana ianya membawa maksud Sabar, Amanah, Kasih, Intim, Nadi kepada, Aman dan Damai dan Harmoni,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-program-keluarga-sakinah-polis-diraja-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:38 MYT

Kluang, Johor - 24 November 2010.
Rumahtangga merupakan 'Alam Baru' yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka.

Justeru itu, selaras dengan tujuan untuk merealisasikan hasrat pucuk pimpinan sebagaimana yang terkandung dalam Strategi 7 Pelan Integriti Organisasi (PIO) PDRM iaitu memantapkan institusi kekeluargaan warga PDRM, pucuk pimpinan PDRM mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program keluarga Sakinah kepada warga PDRM dengan menggunakan pendekatan Modul Keluarga Sakinah sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT).

Pembinaan sahsiah diri individu sebenarnya bermula daripada pembentukan jiwa yang sihat, yang dipupuk sejak dari kandungan lagi. Maka di sinilah kekeluargaan memainkan peranannya sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan dan merencanakan individu untuk menjadi insan cemerlang dan seterusnya membentuk masyarakat seimbang.

Program Keluarga Sakinah Peringkat PDRM dianjurkan oleh Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) PDRM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) adalah salah satu usaha menjadikan institusi kekeluargaan warga PDRM dibentuk dengan penuh harmoni dan sistematik dengan berlandaskan ajaran agama Islam.

Pendekatan yang diambil oleh PDRM dalam melaksanakan Modul Keluarga Sakinah di mana ienya membawa maksud Sabar, Amanah, Kasih, Intim, Nadi kepada, Aman dan damai, dan Harmoni, adalah selaras dengan matlamat kerajaan yang mementingkan pengukuhan dan pemantapan institusi keluarga.

10 Modul Keluarga Sakinah adalah seperti berikut:-

Modul 1  : Persediaan Pra Perkahwinan

Modul 2  : Persediaan Keibu Bapaan

Modul 3  : Pra Keibu Bapaan (hamil)

Modul 4  : Asuhan, Bimbingan dan Pendidikan (bayi hingga mumayyiz)

Modul 5  : Asuhan, Bimbingan dan Pendidikan (mumayyiz hingga baligh)

Modul 6  : Alam Remaja

Modul 7  : Alam Dewasa

Modul 8  : Alam Matang

Modul 9  : Usia Emas

Modul 10 : Husnul Khatimah

Program Keluarga Sakinah PDRM telah dilancarkan oleh YB Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail, Dataran Tasik, Kluang, Johor pada 24 November 2010.

"Dengan kejayaan Program Keluarga Sakinah ini, saya bereharap agar Pasukan PDRM akan bertambah utuh dengan utuhnya institusi keluarga PDRM" kata Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop.

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu YDH DIG Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Mortadza Bin Nazarene, Pemangku Pengarah Pengurusan, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar Bin Hj. Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim dan Institut Integriti Malaysia.

Di akhir ucapannya, beliau menyeru semua pihak agar turut bersama dengan kerajaan dalam memperkukuhkan Institusi Keluarga. Beliau berharap usaha-usaha ini dapat membantu membendung gejala-gejala sosial dari terus membelenggu masyarakat dan mewujudkan keluarga yang harmoni dan sejahtera.

"Modul Keluarga Sakinah merupakan langkah tepat dan bersesuaian dengan hasrat pucuk pimpinan untuk melihat institusi keluarga warga PDRM dibentuk dengan penuh harmoni dan sistematik beerlandaskan ajaran Islam".

"Saya yakin, sekiranya institusi kekeluargaan warga PDRM utuh, mantap pengetahuan dan penghayatan agama Islam, maka ianya akan menjelmakan satu pasukan yang lebih mantap, berintegriti dan disegani masyarakat", antara ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Sempena Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah PDRM ini, pada 23 November 2010 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail telah diadakan juga Kursus Pemantapan Integriti dan Bengkel Keluarga Sakinah yang dihadiri oleh pegawai dan anggota serta keluarga PDRM Kontinjen Johor.

Sementara itu. di perkarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, beberapa gerai pameran turut disediakan dan antara yang mengambil bahagian ialah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Putra Specialist Hospital Batu Pahat.

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Program Keluarga Sakinah PDRM dilancarkan oleh YB Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail, Dataran Tasik,  Kluang, Johor

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Antara pegawai-pegawai yang hadir..

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Ahli-ahli PERKEP Malaysia juga tidak ketinggalan mengikuti Program Keluarga Sakinah PDRM.

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Polis dan masyarakat turut sama di Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah PDRM

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
YDH DIG Datuk Hussin Bin Haji Ismail Menyampaikan Buku Modul Keluarga Sakinah kepada YB Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Cenderahati kepada
Dato' Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Penyerahan Taklif antara ibu bapa dan anak...

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Penyampaian plak kepada Kpl Azlan bin Aris dari PSP No. 2, Johor Bahru

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Kpl Sabri bin Yusof dari IPD Muar yang mengikuti Program Keluarga Sakinah

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Gerai pameran Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Majlis Pelancaran Program Keluarga Sakinah Polis Diraja Malaysia
Pendaftaran Rakan Cop di gerai Hal Ehwal Awam Kontinjen Johor.

ArticlePublished 10 Jun 2014 6.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM