Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertemakan 'Persekitaran Sihat Dan Selamat, Menjana Perkhidmatan Berkualiti' , Kontinjen Selangor telah menjadi kontinjen pertama menganjurkan buat julung kalinya Sambutan Hari Kualiti PDRM..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-hari-kualiti-pdrm-tahun-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:45 MYT

PETALING JAYA - 25 Jun 2009. Majlis Pelancaran Hari Kualiti PDRM Tahun 2009 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini di Sunway Pyramid Convention Centre, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai kanan PDRM serta tetamu-tetamu jemputan.

Bertemakan 'Persekitaran Sihat Dan Selamat, Menjana Perkhidmatan Berkualiti' , Kontinjen Selangor telah menjadi kontinjen pertama menganjurkan buat julung kalinya Sambutan Hari Kualiti PDRM memandangkan kejayaannya mendapat pengiktirafan dan pensijilan MS ISO 9002 Versi 1994 bagi proses utama Pengurusan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 31 Oktober 2002.

Sejak bermula Sambutan Hari Kualiti dalam perkhidmatan awam pada tahun 1992, PDRM tidak ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti Sambutan Hari Kualiti yang bertujuan untuk meningkatkan tahap amalan budaya kerja berkualiti. Selepas enam belas tahun menyertai pelbagai aktiviti tersebut diperingkat kementerian, majlis pada hari ini merupakan satu noktah yang bersejarah, ianya kerana pada hari ini tanggal 25 Jun telah dinobatkan sebagai Hari Kualiti PDRM yang akan disambut di seluruh kontinjen secara bergilir-gilir sebagai acara penutup Sempena Sambutan Hari Polis.

Hari Kualiti atau Hari Q adalah satu acara penting yang melambangkan pembudayaan kualiti dalam sesebuah organisasi. Ia juga merupakan satu usaha dalam memastikan semua kerja yang dihasilkan adalah bermutu tinggi serta memenuhi piawaian dan menepati dengan kehendak pelanggan.

Bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten mengikut keperluan dan bidang masing-masing, PDRM telah menambah tiga program baru jangka panjang iaitu :
1.  Diploma Kriminilogi dan Keadilan Jenayah dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa
2.  Diploma Muzik dengan Akademi Seni Kebangsaan
3.  Diploma Perisikan dengan kerjasama Universiti Malaya.

Dalam ucapannya, YDH Timbalan Ketua Polis Negara berharap semua warga PDRM menukarkan amalan bekerja yang menjalankan tugas-tugas reaktif dan rutin kepada amalan bekerja yang proaktif, kreatif, inovatif dan mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, membuat pertimbangan secara kritikal dan keputusan yang tepat.

Beliau juga menegaskan, demi masyarakat, tunjangkan dan tampilkan diri kita sebagai penjawat awam yang berintegriti, berkebolehan, setia dan berdedikasi agar gagasan kerajaan iaitu Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan berjaya direalisasikan.

Pada majlis ini juga telah diadakan penyampaian Sijil Kepujian yang dianugerahkan kepada ahli-ahli pasukan pelaksana Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 PDRM yang telah mempamerkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang. Seramai 85 oarang telah menerima Sijil Kepujian bagi Versi 1994 dan 43 orang lagi bagi Versi 2000.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang melihat gerai-gerai pameran PDRM, dihiburkan oleh persembahan kebudayaan dari Pancaragam PDRM, Quintet PDRM serta Ghazal PDRM.

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara sambil diiringi oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, memotong reben di tapak pameran

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
YDH Timbalan Ketua Polis Negara melancarkan Portal Hari Kualiti PDRM Tahun 2009

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Selain Pancaragam PDRM dan Quintet PDRM, pengunjung juga dihiburkan oleh Ghazal PDRM

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Persembahan poco-poco

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Kereta peronda MPV PDRM yang baru, EVO 10 yang mencuri tumpuan pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Pengunjung juga berpeluang menaiki kereta perisai Comando V-150 D

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Kaunter semakan saman juga turut dibuka

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Bahagian Persenjataan mempamerkan robot pemusnah bom model terbaru, 'Robotic Vehicle TeoDar' dan juga pelbagai senjatapi

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Pengunjung melihat peralatan-peralatan yang digunakan untuk mencari bukti bagi siasatan kes di gerai pameran Makmal Forensik

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Gerai pameran Jabatan Siasatan Jenayah Komersial..

Majlis Pelancaran Hari Kualiti Pdrm Tahun 2009
Gerai pameran Cawangan Hal Ehwal Awam, IPK Selangor

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM