Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Pelancaran Command Post Exercise Cpx Pdrm Atm

Published: 11 Jun 2014 5.38 AM Updated: 15 Aug 2026 6.30 PM
latihan bersama seperti Command Post Exercise (CPX) ini adalah sangat relevan dalam konteks kerjasama antara kedua-dua organisasi ini dan ianya merupakan kesinambungan secara langsung kepada aktiviti-..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-command-post-exercise-cpx-pdrm-atm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:41 MYT
Cheras, 4 Julai 2011 - "Sejak pertemuan kita yang lalu, lansdkap politik, ekonomi dan sosial negara kita terus mengalami proses perubahan dan ada kalanya bergolak dengan tekanan-tekanan oleh pihak-pihak tertentu yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Ini telah memberi impak negatif khususnya apabila pihak-pihak yang berkepentingan  terus menerus menuntut hak-hak dan layanan tertentu yang sering membawa kepada keadaan-keadaan yang tegang", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena pelancaran Command Post Exercise (CPX) PDRM-ATM di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini.
 
Tambah beliau lagi, jika proses ini mengikuti saluran undang-undang dan sistem keadilan, maka keadaan keselamatan, keamanan dan ketenteraman akan terus dipelihara dan jika disebaliknya, tuntutan ini dibuat di luar sistem, maka pihak berkuasa khususnya PDRM perlu menanganinya dengan penuh berhemah.
 
Justeru itu, latihan bersama seperti CPX ini adalah sangat relevan dalam konteks kerjasama antara kedua-dua organisasi ini dan ianya merupakan kesinambungan secara langsung kepada aktiviti-aktiviti bersama yang telah dijalankan sebelum ini seperti mengadakan program latihan asas anggota polis menggunakan fasilitas tentera, tugas rondaan pencegahan jenayah, kawalan sempadan negara dan perlantikan bekas anggota tentera untuk berkhidmat dalam PDRM, selaras dengan Blue Ocean Strategy.

Ternyata kolaborasi ini adalah satu inovasi bersama sehingga mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia di mana ATM dan PDRM telah dinobatkan juara Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011.

Objektif CPX adalah memberi pendedahan terhadap peranan, penglibatan dan kerjasama di dalam melaksanakan operasi ketenteraman awam dengan pihak tentera. Latihamal ini juga membolehkan ATM dan PDRM mengenal pasti kekurangan atau kelemahan yang wujud dalam sistem masing-masing untuk membolehkan kedua-dua pihak mengambil langkah-langkah penambahbaikan apabila berlaku sesuatu situasi atau krisis yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Di samping itu juga, latihamal juga boleh digunakan untuk menguji tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan elemen-elemen yang terlibat dalam pengurusan krisis, termasuklah di peringkat taksiran, strategi, implementasi dan penilaian.
 
Turut hadir dalam majlis hari ini, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, Y.Bhg Jen. Tan Sri Datuk Seri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Y.Bhg Jen. Datuk Haji Zulkifli bin Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Y.Bhg. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut, Y.Bhg Jen. Tan Sri Dato' Rodzali bin Daud, Panglima Tentera Udara, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan ATM, serta tetamu-tetamu jemputan. 
 
Majlis Pelancaran Command Post Exercise Cpx Pdrm Atm
Taklimat ringkas CPX disampaikan oleh YDH SAC Ahmad Marzuki bin Haji Mohd Saad.

Majlis Pelancaran Command Post Exercise Cpx Pdrm Atm
Antara yang hadir di Majlis Pelancaran Command Post Exercise (CPX) PDRM-ATM
 
Majlis Pelancaran Command Post Exercise Cpx Pdrm Atm
Ucapan perasmian oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Majlis Pelancaran Command Post Exercise Cpx Pdrm Atm
Gimik pelancaran CPX oleh YDH Ketua Polis Negara bersama Panglima Angkatan Tentera.

Majlis Pelancaran Command Post Exercise Cpx Pdrm Atm
Bersalaman...YDH Ketua Polis Negara bersama Panglima Angkatan Tentera

Majlis Pelancaran Command Post Exercise Cpx Pdrm Atm
Sesi bergambar.

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
ArticlePublished 11 Jun 2014 5.38 AMUpdated 15 Aug 2026 6.30 PM