Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Yab Perdana Menteri Malaysia Ke Icu Hkl

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Di atas keperihatinan dan rasa simpati, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hadir di Tingkat 3, Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur untuk melihat kea..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-yab-perdana-menteri-malaysia-ke-icu-hkl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:59 MYT
Kuala Lumpur - 3 Julai 2011

Sarjan Mejar Yazid bin Mohamed merupakan salah seorang anggota yang termuda memegang pangkat Sarjan Mejar. Beliau merupakan seorang yang cekap dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota elit dalam Unit Tindakan Khas (UTK). Namun pada 2 Julai 2011 iaitu ketika sedang menjalankan tugas rasmi, mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia, beliau telah terbabit di dalam satu kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta. Akibat daripada kemalangan tersebut, beliau telah mengalami cedera parah dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Di atas keprihatinan dan rasa simpati, YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hadir di Tingkat 3, Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur untuk melihat keadaan beliau. Turut hadir mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia ialah YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah dan Komander Pasukan Gerakan Khas, Pegawai Kanan Polis dan rakan media.

Lawatan Yab Perdana Menteri Malaysia Ke Icu Hkl
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bersalaman dengan ahli keluarga Sarjan Mejar Yazid bin Mohamed

Lawatan Yab Perdana Menteri Malaysia Ke Icu Hkl
SM Yazid bin Mohamed, sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Lawatan Yab Perdana Menteri Malaysia Ke Icu Hkl
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA Mendengar penerangan daripada Dato' Dr. Norhisyam, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

Lawatan Yab Perdana Menteri Malaysia Ke Icu Hkl
YDH Ketua Polis Negara sedang menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia

Lawatan Yab Perdana Menteri Malaysia Ke Icu Hkl
YDH Ketua Polis Negara mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia melawat Sarjan Mejar Yazid bin Mohamed

Lawatan Yab Perdana Menteri Malaysia Ke Icu Hkl
Bacaan doa dipimpin oleh Supt Haji Ghazali bin Haji Daud, Supt Urus Setia BAKA



Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM