Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Polis Diraja Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan mana-mana agensi termasuklah pada hari ini dengan RHB, KPWKM dan MCPF dengan satu matlamat iaitu untut 'betterment of the public..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-child-protection-program-reuniting-families
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:51 MYT
Selangor - 3 Julai 2011. Bertemakan 'Reuniting Families', RHB Capital Berhad dan RHB Bank Berhad telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) untuk membantu kanak-kanak yang hilang dapat dipertemukan semula dengan ahli keluarga masing-masing.

 RHB Capital Berhad dan RHB Bank Berhad telah berganding bahu, bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), dalam usaha membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah.

Majlis Pelancaran Child Protection Program - 'Reuniting Families' ini telah berlangsung di Sunway Piramid, Sunway. YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah hadir di majlis pelancaran tersebut yang turut dihadiri juga oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Turut hadir di majlis tersebut, Y.Bhg Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y.Bhg Tan Sri Azlan bin Zainol, Pengerusi RHB Bank Berhad dan Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Statistik menunjukkan, seramai 1,017 orang kanak-kanak telah didera sejak tahun 2006 hingga tahun 2010 dengan purata 200 kes berlaku setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, 579 mangsa atau 57% ialah kanak-kanak lelaki dan 43% (438) mangsa pula merupakan kanak-kanak perempuan. Seramai 431 mangsanya pula terdiri daripada kanak-kanak berusia di antara 1 hingga 7 tahun.

Selain penderaan secara fizikal, sebanyak 11,809 kes daripada 16,159 kes mangsa rogol pula terdiri daripada kanak-kanak dengan 54% daripada mangsa kes rogol  pula berusia 16 tahun ke bawah manakala 19% pula mangsanya dalam linkungan umur 16 hingga 18 tahun. SEcara keseluruhannya sebanyak 73% mangsa rogol adalah berusia di bawah 18 tahun.

Selain kes rogol, statistik juga menunjukkan sebanyak 1,823 kes penderaan seksual telah dilaporkan dari tahun 2006 hingga 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60% daripada kes, dilakukan oleh saudara terdekat.

"Polis Diraja Malaysia juga memandang serius berkaitan laporan kehilangan kanak-kanak. Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2010, seramai 5,270 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah telah dilaporkan hilang dan hanya 2,982 orang atau 57% sahaja yang berjaya dijumpai", ucap YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

"Dalam menghadapi situasi tersebut, PDRM telah mewujudkan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (Child Interview Centre). Pusat ini menerapkan konsep 'child friendly policing' yang menekankan aspek keselesaan dan persekitaran yang kondusif bagi memastikan kanak-kanak yang ditemu bual dapat memberikan kerjasama sepenuhnya', tambah beliau lagi.

"Polis Diraja Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan mana-mana agensi termasuklah pada hari ini dengan RHB, KPWKM dan MCPF dengan satu matlamat iaitu untuk 'betterment of the public", akhiri ucapan oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Tan Sri Azlan bin Zainol, Pengerusi RHB Bank Berhad

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Ucapan oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Y.Bhg Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Antara yang hadir di Majlis Pelancaran Child Protection Program - 'Reuniting Families'

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Majlis Pelancaran Child Protection Program - 'Reuniting Families' dimulakan oleh Y.Bhg Senator Heng Seai Kie

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Bergambar kenangan bersama kanak-kanak selepas Majlis Pelancaran Child Protection Program - 'Reuniting Families'

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Sketsa mengisahkan cubaan menculik kanak-kanak...

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Y.Bhg Tan Sri Azlan bin Zainol, Pengerusi RHB Bank Berhad menyampaikan cenderahati kepada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Melawat gerai pameran...

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Di gerai Jabatan Siasatan Jenayah D 11 (Siasatan Seksual/Kanak-Kanak)

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Bersama-sama menurunkan tandatangan, tanda sokongan...

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang turut hadir di Majlis Pelancaran Child Protection Program - 'Reuniting Families'

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Antara wakil-wakil media yang hadir

Majlis Pelancaran Child Protection Program Reuniting Families
Sidang Media...'Jangan menyertai perhimpunan BERSIH kerana perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram'


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan





ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM