Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka

Published: 09 Jun 2014 9.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pembinaan Pusat Latihan Ketenteraman Awam (PULKA) adalah usaha PDRM untuk mengintegrasikan semua institut latihan di bawah satu bumbung...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pecah-tanah-tapak-pusat-latihan-ketenteraman-awam-pulka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:03 MYT

Bentong - 16 April 2009. Polis Diraja Malaysia dengan penuh hormat dan takzimnya, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tingginya di atas limpah perkenan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, mencemar duli berangkat dan seterusnya berkenan untuk menyempurnakan Upacara Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam (PULKA) di Pelangai, Bentong Pahang.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menambahkan meriah dan berserinya majlis ini. Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Kerabat-Kerabat Bergelar, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan serta Menteri Besar Pahang.

Hadir sama ialah Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara,  YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Ketua Polis Pahang, Y.Bhg Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta rakyat jelata dari kampung yang berhampiran.

Pusat Latihan Ketenteraman Awam atau (PULKA)  adalah projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke 9. Kawasan pembangunann projek terletak di Pelangai, Bentong Pahang, 150 km dari bandar Kuantan dengan keluasan 1300 ekar. Skop penuh projek ini akan menempatkan 10,000 peserta kursus dan 2,000 kakitangan.

Konsep rekabentuk keseluruhan telah mengambil kira keseimbangan rekabentuk dengan alam sekitar bagi mengurangkan impak pembangunan di atas tapak. pembangunan telah dirancang dengan memperkayakan ciri-ciri semulajadi tapak untuk memenuhi fungsi aktiviti latihan dan kursus.

Plan induk ini terbahagi kepada 3 zon utama iaitu zon pentadbiran, zon latihan serta zon kediaman dan komuniti. Konsep rekabentuk yang bercirikan moden dan kontemporari telah diterapkan dalam gaya senibina pembangunan di kawasan ini. Perancangan ruang-ruang bangunan telah mewujudkan laman dalaman untuk memberikan keseimbangan antara aktiviti harian dengan persekitaran luaran.

Pembinaan Pusat Latihan Ketenteraman Awam (PULKA)  adalah usaha PDRM untuk mengintegrasikan semua institut latihan di bawah satu bumbung. Pusat Latihan ini berkonsepkan 'A Single Roof And One Stop Centre' bagi latihan yang berasaskan Ketenteraman Awam. Elemen yang terdapat dalam pusat ini terdiri daripada lapan (8) Pusat Pengajian iaitu:
1.  Pusat Pengajian PGA
2.  Pusat Pengajian PGK
3.  Pusat Pengajian PSP
4.  Pusat Pengajian Trafik
5.  Pusat Pengajian Pencegah Jenayah (MPV)
6.  Pusat Pengajian Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
7.  Pusat Pengajian Krisis dan Bencana
8.  Pusat Pengajian Sekolah Memandu / Perisai

Tapak projek ini ialah HSD 15898 Lot PT 5347 dan HSD 15899 Lot PT 5348. Penyerahan tapak tanah ini telah dilakukan dalam satu majlis upacara serah terima dari Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kepada Ketua Setiausaha Negara pada 28/08/2008 yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain Ketua Jabatan yang berkaitan.

Projek ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama ialah pembinaan Pusat Pengajian Pasukan Gerak Am (PGA). fasa kedua dan ketiga akan dilaksanakan dalam RMK 10.
Pembinaan Pusat Latihan Ketenteraman Awam (PULKA) ini akan memberi banyak faedah di antaranya
* Gunasama tenaga manusia termasuk jurulatih, tenaga sokongan dan pentadbiran serta bangunan, peralatan, pengangkutan dan alat perhubungan serta lain-lain kemudahan yang disediakan.
*  Memudah dan menyelaras latihan secara menyeluruh untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti latihan.
*  memudahkan penyaluran dan pengagihan kewangan latihan
*  meningkatkan kualiti latihan melalui kesepaduan perancangan di antara disiplin-disiplin latihan yang berbeza
*  Melahirkan struktur pengurusan organisasi secara pemusatan yang lebih efektif dan bertanggungjawab.

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan membetulkan 'beret' YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka
kanan...Menteri Besar Pahang bersama tetamu kehormat

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka
Upacara Pecah Tanah Pusat Latihan Ketenteraman Awam

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka
Pertunjukan payung terjun oleh Komando 69 PGK yang membawa bersama bendera Sang Saka Biru

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka
Persembahan 'Pantomime" PDRM mengisahkan kejayaan komando 69 menumpaskan segerombolan komunis

Majlis Pecah Tanah Tapak Pusat Latihan Ketenteraman Awam Pulka
Cenderahati 'Carbine M1' Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM