Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.58 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Majlis Mesra Rakyat sempena Hari Raya Aidil Fitri bersama YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam negeri ini telah diadakan di Padang Kawad PULAPOL Kuala Lumpur...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-mesra-rakyat-sempena-hari-raya-aidil-fitri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:59 MYT

PULAPOL KUALA LUMPUR - 1 Oktober 2010. Majlis Mesra Bersama Rakyat yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri telah berlangsung dengan meriah di Padang Kawad PULAPOL Kuala Lumpur petang ini.

Antara yang hadir di majlis ini ialah YB Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop bersama YB Datuk Lee Chee Leong, YDH Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin bin Hj Ismail, YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato' Sri Mahmood bin Adam, Dato'-Dato', Ketua-ketua Jabatan dan Dif-Dif jemputan serta wakil-wakil media.

Dalam majlis ini para tetamu berpeluang menjamu selera bersama YB Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishamuddin sambil dihiburkan dengan persembahan-persembahan yang menarik bersama KOMBO Polis Diraja Malaysia. Majlis juga turut menampilkan artis jemputan seperti Nash untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.

Majlis ini juga bertambah meriah dengan penyertaan daripada Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Malaysia, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, dan juga dari Kementerian Dalam Negeri sendiri dengan membuka gerai-gerai untuk para tetamu menjamu selera. Di samping itu juga terdapat kaunter-kaunter khidmat pelanggan dibuka di majlis ini.

Selain meluangkan masa menjamu selera bersama hadirin yang datang, YB Dato' Seri Hishamuddin juga sempat menyempurnakan sumbangan raya kepada anak-anak yatim. Di majlis ini juga YB Dato' Seri Hishamuddin juga mengambil peluang untuk memberi sumbangan 'Mok Cek'  berjumlah RM 10,000.00 kepada Unit Hemodailisis PDRM. Selepas itu YB Dato' Seri Hishamuddin juga meluangkan masa membuat lawatan ke setiap gerai-gerai pameran dan makanan serta kaunter-kaunter khidmat pelanggan yang dibuka di majlis ini sambil beramah mesra bersama para hadirin yang datang.

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein menandatangani Buku Pelawat.

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein bersama tetamu terhormat di meja utama.

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
Antara tetamu yang hadir di Majlis Mesra Bersama Rakyat

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein bersama isteri memberikan duit raya kepada anak-anak yatim..

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
Warga tua juga tidak ketinggalan menerima sumbangan

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
YB Dato' Seri Hishamuddin memberi sumbangan 'Mok Cek' kepada Unit Hemodailisis PDRM.

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
YB Dato' Seri Hishamuddin melawat geri-gerai pameran.

Majlis Mesra Rakyat Sempena Hari Raya Aidil Fitri
YB Dato' Seri Hishamuddin sempat melayan tetamu yang hadir..
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.58 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM