Majlis Meraikan Misi Pengaman Pbb Timor Leste Unmit
Sepang, 28 Februari 2012
- 8 orang wanita adalah antara 24 orang yang terpilih bagi mewakili
PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT) yang berlepas hari ini.
Misi PBB United Nation Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) kali
ini terdiri daripada 6 pegawai dan 18 anggota diketuai oleh YDH Supt.
Mohamad Salleh bin Khalid daripada Cawangan Khas Bukit Aman.
Penugasan
anggota UNMIT di misi ini adalah sebagai "Police Adviser" kepada
pasukan polis tempatan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan mengikut
piawaian kepolisan antarabangsa. 4 anggota yang menyertai misi kali ini
akan menggantikan 4 pegawai UNPOL yang telah pulang ke tanah air
setelah menamatkan penugasan mereka pada 14 Februari 2012 lalu. Manakala
20 pegawai dan anggota yang lain adalah sebagai tambahan kuota PDRM di
misi tersebut.
"Sebagai
wakil negara, jagalah etika dan disiplin semasa bertugas di tempat
orang. Tunjukkanlah kualiti disiplin yang tinggi dan bertugaslah secara
profesional. Ingatlah kepada pepatah kita, Di mana bumi dipijak, di
situlah langit dijunjung", ucap YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Pengurusan)
sebagai mewakili YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara
di majlis Sending-Off Pegawai/PRP PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste,
di bilik VIP KLIA Sepang.
Turut Hadir di majlis ini ialah YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan(Perkhidmatan/Pengurusan),
YDH SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran)
I, YDH Supt. Imran bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang, YDH Supt.
Che Zakaria bin Othman Ketua Pegawai Turus Istiadat, YDH DSP Zainuddin
bin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (Ketua Polis KLIA).

Dari
kiri YDH Supt.Imran bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang, YDH SAC
Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah
Pengurusan(Perkhidmatan/Perjawatan), YDH Sut.Che Zakaria bin Othman,
Ketua Pegawai Turus Istiadat, YDH DSP Zainuddin bin Kassim, Timbalan
Ketua Polis Daerah Sepang(Ketua Polis KLIA).

Antara 24 orang yang terpilih bagi mewakili PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT).

Ucapan daripada YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Pengurusan).

Bacaan ikrar..

YDH Timbalan Pengarah Pengurus (Perkhidmatan/Perjawatan) mengucapkan selamat jalan kepada 24 orang yang terpilih.

Antara 8 orang wanita yang terpilih bagi mewakili PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT).
Wartawan :Konst Raymond bin Martin
Jurufoto : Konst Raymond bin Martin dan Konst Santher a/l Kumar Sengar