Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dihari yang bersejarah ini, dua buah pasukan kepolisan iaitu PDRM dan POLRI telah bersepakat untuk memperbaharui iltizam dan semangat kerjasama dalam memerangi perlakuan jenayah trans nasional dan kea..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-menandatangani-prosedur-tetap-protap-malindo-no-15-pdrm-polri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:24 MYT
Bukit Aman - 3 Disember 2010.

Rombongan delegasi Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI) yang diketuai oleh Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Republik Indonesia telah hadir ke Bukit Aman pada pagi ini untuk Majlis Menandatangani Prosedur Tetap (PROTAP) Malindo No. 15 PDRM-POLRI. Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan KDN/KA, Aras 29, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Hadir di dalam majlis adalah Y.Bhg Tan Sri Bapak Da'i Bachtiar, Duta Besar Republik Indonesia, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara,  YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Yang Terhormat Bapak dan Ibu dari Kepolisian Negara Republik Indonesia dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Di hari yang bersejarah ini, dua buah pasukan kepolisan iaitu PDRM dan POLRI telah bersepakat untuk memperbaharui iltizam dan semangat kerjasama dalam memerangi perlakuan jenayah trans nasional dan keamanan di kawasan sempadan.

PROTAP MALINDO dibentuk sejak penubuhan kerjasama GBC MALINDO (General Border Committee Malaysia-Indonesia) pada tahun 1972. GBC MALINDO merupakan perintis kepada dua buah pasukan kepolisan iaitu PDRM-POLRI (Malaysia-Indonesia) dan sidang pertama GBC MALINDO berlangsung pada 24-25 Julai, 1972 di Kota Kecil Parapat, Sumatera Utara. Perkara ini dilaksanakan melalui termeterainya prosidur tetap atau dikenali PROTAP MALINDO.

Kini GBC MALINDO telah berjalan lebih dari 38 tahun dan pola keamanan telah pun berubah arah dari era komunisme dan perang dingin kepada era jenayah trans nasional. Bersandarkan dasar ini, pada tahun 2005, semua Ketua Polis Asean yang bersidang di Bali, Indonesia telah sepakat untuk memerangi jenayah era baru ini seperti jenayah pemerdagangan orang, penyeludupan manusia, pengedaran dadah antarabangsa, jenayah keganasan dan jenayah siber.

Rumusan daripada persidangan ini, PDRM dan POLRI berbincang untuk memperluaskan lagi semua aktiviti kepolisan di bawah kerjasama GBC MALINDO. Semua aktiviti kepolisan tertakluk kepada operasi dan latihan yang dikendalikan oleh pihak tentera namun pada 18 Januari 2007 bertempat di Genting Highlands, Pahang, PDRM dan POLRI telah bersidang buat pertama kalinya dan berjaya menubuhkan Joint Police Cooperation Committee (JPCC) Malindo yang setaraf dengan operasi yang dikendalikan oleh tentera. Aktiviti JPCC PDRM-POLRI telah mendapat pengiktirafan sepenuhnya pada Sidang GBC MALINDO Ke-36 di Kuala Lumpur.

Sebelum tertubuhnya JPCC PDRM-POLRI, PROTAP MALINDO No.15 telah dikenali sebagai PROTAP MALINDO NO.12. PROTAP ini mula dikaji pada sidang pertama iaitu pada 9 - 13 Julai 2007 di Melaka. PROTAP ini kemudiannya telah diubah dari NO. 12 kepada NO. 15 di mana PROTAP NO.1 hingga NO.14 adalah Buku Panduan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia.

PROTAP MALINDO NO. 15 mempunyai beberapa bahagian sebagai panduan kerjasama kedua kepolisan iaitu :-
  1. Kerjasama rondaan di perairan antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM dan Polisi Air POLRI.
  2. Kerjasama bidang komunikasi antara PDRM dan POLRI.
  3. Kerjasama rondaan terkoordinasi daratan antara Kontinjen Sabah dengan POLDA KALTIM.
  4. Kerjasama rondaan terkoordinasi daratan antara Kontinjen Sarawak dengan POLDA KALBAR.
  5. Kerjasama menangani kes jenayah antara PDRM dan POLRI.
"Dengan termeterainya prosedur tetap MALINDO NO. 15 antara PDRM dan POLRI pada pagi ini adalah menjadi harapan kita, segala kerjasama dan operasi antara PDRM dan POLRI akan berjalan secara teratur dan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan" YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan pagi ini.

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara membalas Hormat Panglima daripada Kawalan Kehormatan

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Ketibaan Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Republik Indonesia disambut oleh
Yang DiHormati IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Republik Indonesia membalas tabik 'Hormat Panglima'

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
kiri...YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bersama barisan YDH Pengarah-pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Delegasi Polis Republik Indonesia

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Republik Indonesia beramah mesra dengan Pegawai--pegawai Kanan PDRM

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Y.Bhg Tan Sri Bapak Da'i Bachtiar, Duta Besar Republik Indonesia melakukan Kunjungan Hormat kepada YDH Ketua Polis Negara di Bilik Tetamu KPN.

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
dari kiri...Irjen Pol. Drs Anton Bachrul Alam, Sahli Kapolri Bidang Sosek, Irjen Pol. Drs Sunarko, Asisten Kapolri Bidang Operasi dan Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Y.Bhg Tan Sri Bapak Da'i Bachtiar, Duta Besar Republik Indonesia menandatangani Buku Melawat

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo juga menandatangani Buku Melawat

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Majlis Menandatangani Prosedur Tetap (PROTAP) Malindo No. 15 PDRM-POLRI

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Kedua-dua pemimpin tertinggi kepolisan menandatangani PROTAP MALINDO NO.15

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Pertukaran PROTAP MALINDO No.15

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Bersalaman sebelum meninggalkan Bukit Aman

Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Protap Malindo No 15 Pdrm Polri
Bergambar kenangan di Lobi Menara 1, Bukit Aman

Jurufoto    : Sjn Zaiddin Dahalan
                  L/Kpl Edwin Indo
Wartawan   : Insp Haslina bt Mohd Nor
Penyunting : C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM