Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis 'Dining In' Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan PDRM telah berlangsung dengan penuh istiadat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, malam ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-dining-in-yang-dipertua-mes-pegawai-kanan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:39 MYT
Kuala Lumpur - 3 Disember 2010.

Majlis 'Dining In' Yang DiPertua Mes Pegawai Kanan PDRM telah berlangsung dengan penuh istiadat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, malam ini.

Hadir pada malam itu adalah YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua Mes Pegawai Kanan PDRM bersama isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH  DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Yang DiPertua Mes Pegawai Kanan bersama isteri Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Naib Yang DiPertua Mes Pegawai Kanan PDRM bersama isteri.

Turut hadir YDH Dato' Seri, Dato'-Dato Pengarah PDRM, YDH Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander dan Komandan Polis Diraja Malaysia, Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan dan Kontinjen.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Panji Utama PDRM bersama anggota pengiring dan pemain bagpipe ke dalam dewan sementara semua hadirin memberi hormat.

Setelah selesai upacara minum selamat dan makan malam, semua hadirin telah dipertontonkan Tayangan Video Klip berkaitan penugasan YDH Ketua Polis Negara dan isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Antara isi ucapan Yang DiPertua Mes Pegawai Kanan PDRM malam ini mengenai tradisi 'Mess Night', yang mana digambarkan beliau sebagai tradisi ulung yang diwarisi sejak kurun ke-16 oleh Negara-negara membangun.

"The  importance of tradition or culture dictates mess life to be the epitome of an English gentleman and it commands a strict sense of discipline whilst toasting to our commanders are actually pledges of loyalty to the leadership " ujar beliau lagi.

"Last but not least, may i congratulate all those who have been made up but may  I also emphasize that those whose names are not on the list not be demoralized
" YDH Ketua Polis Negara berseloroh sebelum mengakhiri ucapan malam 'Dinner In'

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
Sementara menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara..YDH SAC Dato' Sharifuddin Bin Abd Ghani bersama Pegarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin.

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
Bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar.

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Hj Ismail  disambut oleh Pegawai Kanan Polis.

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
SI Kamaruddin bin Marjuki, SI Mess melaporkan kepada Yang DiPertua meminta izin memulakan majlis.

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
Bergambar kumpulan bersama isteri sebelum memulakan majlis 'Dinner In'.

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
Panji-panji Utama PDRM diarak masuk ke dalam dewan.

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Naib Yang DiPertua Mes Pegawai Kanan PDRM memberikan ucapan.

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
Antara tetamu yang hadir..

Majlis Dining In Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Pdrm
Ucapan Yang DiPertua Mess Pegawai Kanan PDRM....Ketua Polis Negara
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM