Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seri Kembangan, 23 Mac 2011 - Bersempena dengan Majlis Persidangan PJP/KP/Komander Briged PGA/Komander dan Komandan Bil. 1/2011 serta Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERKEP Malaysia Ke-39 ya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-makan-malam-sempena-persidangan-dan-mesyuarat-agung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:53 MYT

Seri Kembangan, 23 Mac 2011 - Bersempena dengan Majlis Persidangan PJP/KP/Komander Briged PGA/Komander dan Komandan Bil. 1/2011 serta Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERKEP Malaysia Ke-39 yang berlangsung bermula hari ini, satu Majlis Makan Malam telah diadakan di Hotel Palace Of Golden Horses dekat sini malam tadi. Kedua-dua majlis tersebut berlangsung dengan meriah sekali di Dewan Unity II dan Dewan Balroom II. Pelbagai acara menarik turut disajikan untuk tetamu yang hadir.

YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara bersama Timbalannya YDH Datuk Hussin bin Hj. Ismail menikmati makan malam bersama Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander Briged PGA, Komander dan Komandan di Dewan Unity II, beliau turut dihiburkan dengan nyanyian oleh hadirin serta Kombo PDRM.

Dewan Ballroom II juga menyaksikan persembahan meriah lagi bertenaga seperti tarian oleh Kumpulan Seni Budaya PDRM dan nyayian dari Kombo PDRM. Selain itu hadirin bersama-sama Y.Bhg. Puan Sri Hjh. Suriati bt. Hj. Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia dan Y.Bhg. Datin Nur Habibah bt. Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia turut menari Zapin dan Poco-poco.

Gambar-gambar sekitar Majlis Makan Malam Bagi Persidangan PJP/KP/Komander Briged PGA/Komander dan Komandan Bil. 1/2011.

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung


Gambar-gambar sekitar Majlis Makan Malam Bagi Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERKEP Malaysia Ke-39.

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Agung

Berita dan gambar : L/Kpl Baharin
Penyunting : C/Insp Norsuzila

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM