Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Martabat kemuliaan diri warga 69 Komando ini semakin besar maknanya kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) apabila dipaksikan sebagai nilai integriti formasi dan institusi kepada ibu pertiwi,' uj..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warisan-darah-perwira-vat-69-komando-jasa-mu-tetap-dikenang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:18 MYT

Pasukan VAT 69 Komando Bermakna Besar dalam memaksikan Nilai Integriti Formasi Dan Institusi Kepada Negara

Kuala Lumpur , 24 Mac 2011 - " Martabat kemuliaan diri warga 69 Komando ini semakin besar maknanya kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) apabila dipaksikan sebagai nilai integriti formasi dan institusi kepada ibu pertiwi," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Berucap semasa Majlis Kenangan 'Warisan Darah Perwira' bersama Veteran 69 Komando di Hotel Vistana hari ini, beliau turut menyingkap sejarah pasukan 69 Komando pada era keganasan Komunis di mana perjuangan mereka menghapuskan Komunis memainkan peranan yang amat penting dalam rentetan kronologi keamanan negara.

Beliau turut menambah, penghargaan seharusnya diberi kepada pihak Urusetia KPN (Tatatertib) PDRM, Institut Integriti Malaysia (IIM) Arkib Negara Malaysia dan Persatuan Veteran VAT 69 Komando atas usaha bersama memartabatkan dan mendokumentasi sejarah perjuangan PDRM dalam memelihara keamanan negara sekian lama.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar integriti PDRM ini akan dapat dijiwai oleh setiap warga PDRM dan keluarga mereka di seluruh negara seterusnya menyambung perjuangan anggota terdahulu yang terkorban dalam memelihara keamanan negara dengan paksi integriti.

Dalam pada itu, majlis ini turut dihadiri YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, pegawai-pegawai kanan PDRM dan Veteran-veteran VAT 69 Komando.

Majlis ini turut menyaksikan upacara penyerahan buku 'Warisan Darah Perwira (Sang Saka Biru II)' kepada Encik Ishak bin Yahaya (pesara ACP), Yang Dipertua Persatuan Veteran Vat 69 Komando dan sumbangan kerusi roda kepada Encik Syed Ismail bin Syed Mohamad (pesara sarjan) yang juga merupakan veteran VAT 69 Komando.

Terdahulu, majlis ini dimulakan dengan persembahan sketsa daripada Veteran Vat 69 Komando diiringi dengan deklamasi sajak yang mengisahkan perjuangan pasukan VAT 69 Komando pada zaman keganasan Komunis.

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan sempena Majlis Kenangan Bersama 'Warisan Darah Perwira' di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama tetamu dari Institut Integriti Malaysia dan Arkib Negara.

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK) beramah mesra dengan pesara-pesara vateran dari VAT 69 Komando.

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Pesara-pesara vateran VAT 69 Komando tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan YDH Ketua Polis Negara

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Bergambar kenangan bersama 'Warisan Darah Perwira'


Gambar di Dewan Manjung, Hotel Vistana

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Gugurnya seorang perwira yang mempertahankan ibu pertiwi...persembahan sketsa veteran VAT 69 Komando, membuat keseluruhan Dewan Manjung sunyi sepi, menghayati persembahan tersebut.

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Tidak dapat menahan titisan air mata dari mengalir...

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Negara

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Ucapan balas dari Y.Bhg ACP(B) Ishak bin Yahaya, Yang Dipertua Persatuan Veteran 69 Komando

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Dua orang veteran VAT 69 Komando yang menggunakan kaki palsu apabila terpaksa dipotong, terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis.

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
YDH Ketua Polis Negara melancarkan Buku Warisan Darah Perwira (Sang Saka Biru II) dan diberikan kepad
Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenanga Y.Bhg ACP(B) Ishak bin Yahaya

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Y.Bhg ACP(B) Ishak bin Yahaya menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
YDH Ketua Polis Negara menyumbangkan kerusi roda kepada Sarjan (B) Syed Ismail bin Syed Mohamad

Warisan Darah Perwira Vat 69 Komando Jasa Mu Tetap Dikenang
Lafaz Ikrar Taat Setia oleh veteran VAT 69 Komando...



Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting  : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM