Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Makan Malam Meraikan Warga Ipd Petaling Jaya Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun

Published: 10 Jun 2014 2.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Menghargai sumbangan dan kerjasama yang erat warga IPD Petaling Jaya, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gasing Indah telah mengadakan majlis makan malam sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-makan-malam-meraikan-warga-ipd-petaling-jaya-sempena-hari-polis-ke-203-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT

Petaling Jaya - 25 Mac 2010. Jenayah adalah epidemik sosial yang boleh berlaku jika ada ruang dan peluang . Ini bermaksud, jenayah boleh dicegah (Crime Is Preventable). Jenayah mesti dicegah dan dibanteras sama sekali kerana jenayah mewujudkan pelbagai ancaman sehingga boleh mengugat kualiti kehidupan masyarakat sekeliling.

Jenayah juga mesti dibanteras secara holistik. Penjenayah datang daripada masyarakat, oleh itu Polis dan masyarakat mestilah bersatu padu memerangi jenayah. Dengan satu matlamat bersama, kita mesti meletakkan jenayah sebagai musuh. Masyarakat hendaklah menjadikan Polis sebagai rakan kerana Polis juga adalah masyarakat.

Polis akan memberikan kerjasama yang padu kepada masyarakat melalui Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan semua komuniti dalam aktiviti mencegah jenayah.

Polis meletakkan masyarakat sebagai aset dan pelanggan utama kerana masyarakat yang datang ke Balai Polis dianggap sebagai pengadu (complainants) oleh Polis. Namun, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya meletakkan orang ramai yang datang ke Balai Polis sebagai 'Tetamu'. Pengertian ini diletakkan agar masyarakat dilayan dan perkhidmatan yang profesional dapat dirasai secara mesra.

Oleh itu, bagi menghargai sumbangan dan kerjasama yang erat warga IPD Petaling Jaya, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gasing Indah telah mengadakan majlis makan malam sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 203 Tahun di Restoran Yasin Curry House, Taman Gasing Indah pada jam 8.30 malam.

Hadir di majlis itu ialah YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt. Abdul Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran), Supt. Azri bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, C/Insp Ahmad Awang, Ketua Polis Balai Petaling Jaya, Pegawai-pegawai dan anggota IPD Petaling Jaya serta pegawai-pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Petaling Jaya dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah.

Dengan mempunyai sebanyak 317 buah rumah teres dua tingkat dan 2,000 penduduk, Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah, Petaling Jaya agak unik kerana terletak di dalam kawasan pentadbiran daerah Brickfields dan juga Petaling Jaya. Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah, Petaling Jaya telah mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ditubuhkan pada bulan Mac 2009. SRS Gasing Indah telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) bagi mewujudkan kawasan yang bebas jenayah. Buktinya, sejak bulan November 2009 sehingga hari ini, kadar jenayah di Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah, Petaling Jaya adalah sifar.

Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah, Petaling Jaya bersama-sama mengadakan Skim Rondaan Sukarela dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam setiap hari dengan mengadakan 12 'Check Point' di taman itu. Selain itu, mereka juga mengambil inisiatif, mengupah pengawal keselamatan untuk membuat rondaan 24 jam di Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah, Petaling Jaya. Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah juga membangunkan blog bagi memudahkan penduduk taman itu berkomunikasi serta menghantar maklumat mengenai jenayah dan hal-hal semasa berkaitan keselamatan (www.rtgi.blogspot.com)

Bagi memantapkan kemahiran mempertahankan diri kepada ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela, mereka menghadiri kelas 'Wushu' oleh Master Ken, mempelajari teknik mempertahankan diri dan juga kemahiran menggunakan kayu.

Di atas usaha yang ditunjukkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah, YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bersama-sama Supt. Abdul Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran) dan juga C/Insp Ahmad Awang, Ketua Polis Balai Petaling Jaya juga telah turun padang membuat rondaan bersama-sama Skim Rondaan Sukarela, Taman Gasing Indah.

Selain itu, beberapa program juga telah di aturkan seperti 'Face To Face' bersama Ketua Polis Daerah, mesyuarat bersama SRS dan juga sambutan majlis keramaian. Malahan, atas usaha bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Unit Berkuda, Unit K-9 dan Quick Response Team (QRT) juga kerap mengadakan rondaan bersama Skim Rondaan Sukarela Taman Gasing Indah.

Majlis Makan Malam Meraikan Warga Ipd Petaling Jaya Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun
Ucapan Aluan oleh YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. Hadir sama  Supt. Abdul Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran) dan C/Insp Ahmad Awang, Ketua Polis Balai Petaling Jaya (kiri)

Majlis Makan Malam Meraikan Warga Ipd Petaling Jaya Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun
ACP Arjunaidi bin Mohamed menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Encik Eric Chew, Ketua Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Skin Rondaan Sukarela

Majlis Makan Malam Meraikan Warga Ipd Petaling Jaya Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun
Sijil Penghargaan kepada Encik Ravi Kumar, Bendahari Rukun Tetangga Taman Gasing Indah

Majlis Makan Malam Meraikan Warga Ipd Petaling Jaya Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun
Rukun Tetangga Taman Gasing Indah menyampaikan Sijil Penghargaan, yang disampaikan oleh KPD Petaling Jaya kepada Supt. Abdul Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran).  Turut hadir ialah Encik Lfred Chuah, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Gasing Indah (kanan)

Majlis Makan Malam Meraikan Warga Ipd Petaling Jaya Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun
YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt. Abdul Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran) dan Supt. Azri bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields (kiri) memotong kek 'Selamat Hari Polis Ke-203 Tahun'

Majlis Makan Malam Meraikan Warga Ipd Petaling Jaya Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun
YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Gasing Indah
ArticlePublished 10 Jun 2014 2.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM