Majlis Iftar Celcom Bersama Polis Trafik Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - 24 Ogos 2011
Sempena
menyambut bulan Ramadan yang mulia ini, Celcom bersama warga Trafik
Kuala Lumpur telah membuat lawatan ke rumah anggota Trafik Kuala Lumpur
yang berpenyakit kronik. YDH Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur bersama
dengan Pegawai Celcom telah menyerahkan sumbangan Hari Raya, petang ini.
Pada jam 7.30 petang, YDH Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
bersama Celcom hadir berbuka puasa bersama-sama dengan anggota Trafik
yang bertugas melaksanakan kawalan lalu lintas. Kehadiran beliau jelas
menunjukkan keperihatinan terhadap anggota Trafik Kuala Lumpur yang
berkorban demi keselamatan pengguna jalan raya. Majlis berbuka puasa
telah berlangsung di Lapangan, Jalan Isfahan, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur - 25 Ogos 2011
Celcom
sekali lagi telah menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan
menganjurkan Majlis Iftar Celcom Bersama Polis Trafik Kuala Lumpur di
Dataran Trafik, Balai Polis Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur petang
tadi.
Hadir di majlis tersebut ialah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin
Abu bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Mohmad Salleh,
Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH ACP Rusli bin Mohd Nor, Ketua Trafik Kuala
Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan, anggota trafik serta tetamu jemputan dan
wakil-wakil media.
Celcom pula diketuai oleh Y.Bhg Dato' Sri
Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad bersama
pegawai-pegawai dari Celcom Axiata Berhad.
Di Majlis ini, Celcom
telah menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik, anak-anak istimewa,
anak yatim dan saudara baru yang telah disampikan oleh YDH Timbalan
Ketua Polis Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa, tetamu dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Mirwana.
Majlis diteruskan dengan solat fardhu maghrib, jamuan makan, solat fardhu isyak, solat terawih & witir dan jamuan moreh.
Gambar 24 Ogos 2011






Gambar 25 Ogos 2011

YDH Ketua Polis Trafik bersama YDH Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur sementara menunggu ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara






YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di Majlis Iftar Celcom Bersama Polis Trafik Kuala Lumpur.
tengah...Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia juga turut hadir
Gambar-gambar sekitar majlis...


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan