Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Jamuan Muhibbah Polis Bersama Rakyat

Published: 09 Jun 2014 2.41 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Majlis Jamuan Muhibbah Polis Bersama Rakyat telah dianjurkan oleh Persatuan Tiong-Hua Johor Bahru di Dewan Besar, Wisma Tiong-Hua Johor Bahru...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-jamuan-muhibbah-polis-bersama-rakyat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:25 MYT

Johor Bahru - 9 September 2007. Majlis Jamuan Muhibbah Polis Bersama Rakyat telah dianjurkan oleh Persatuan Tiong-Hua Johor Bahru di Dewan Besar, Wisma Tiong-Hua Johor Bahru. Majlis jamuan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada polis dan mengeratkan perhubungan dan persefahaman diantara pihak polis dengan masyarakat Tiong-Hua Johor Bahru.

YB Dato' Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Ketua Polis Negeri Johor telah hadir di majlis tersebut.

Didalam majlis tersebut juga, Pengerusi Persatuan Tiong-Hua, Encik Lai Yik Sheng mewakili lima Persatuan Cina Johor Bahru, menyerahkan memorandum kepada YB Dato' Fu Ah Kiow dan YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail. Antara isi memorandum tersebut ialah cadangan kepada pihak polis untuk mencegah jenayah yang semakin menurun, meningkatkan prestasi anggota polis serta jalinan kerjasama dengan pihak polis dalam mencegah jenayah bersama masyarakat. Selain itu ia juga menyuarakan pandangan persatuan tersebut untuk menggubal undang-undang yang melibatkan jenayah yang akan dibentangkan kepada pihak kabinet.

Persatuan Tiong-Hua  Johor Bahru juga akan menubuhkan jawatankuasa keamanan untuk membantu pihak polis dalam pencegahan jenayah. Selain itu, persatuan juga mengadakan 'hotline' untuk berhubung dengan pihak polis dan  ahli-ahli persatuan juga mengedarkan risalah-risalah pencegahan jenayah kepada masyarakat setempat. Satu Laman Web akan diwujudkan untuk  mengumpulkan senarai nombor telefon ahli-ahli persatuan dengan tujuan mengumpul dan berkongsi maklumat serta memberi pandangan.

Sementara itu, YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Ketua Polis Negeri Johor mengesa masyarakat sekeliling mendaftar sebagai ahli Rakan Cop dimana banyak manfaat yang boleh didapati melaluinya. Sebagai ahli, masyarakat boleh melaporkan sebarang kejadian jenayah kepada pihak polis dan tindakan segera juga boleh diambil oleh pihak polis. Selain itu, maklumat-maklumat berkaitan jenayah juga boleh disalurkan dan pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Polis Johor juga akan menambah Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, dimana setiap Balai Polis di Negeri Johor akan mempunyai Pegawai Penyiasat bagi melicinkan dan mempercepatkan siasatan kes yang berlaku. Selain itu, sebanyak 500 buah kereta peronda akan ditambah menjelang tahun hadapan dimana dari jumlah tersebut sebanyak 300 buah kereta akan diperuntukkan kepada Daerah Johor Bahru. Dengan adanya pertambahan tersebut, kekerapan sebanyak 50-70 buah kereta peronda dapat melakukan rondaan dalam satu masa berbanding sekarang iaitu antara 12-14 buah kereta peronda.

Majlis Jamuan Muhibbah Polis Bersama Rakyat
Presiden Persatuan Tiong-Hua Johor Bahru, Encik Lai Yik Sheng menyampaikan memorandum kepada YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail. Ketua Polis Johor sambil diperhatikan oleh YB Dato' Fu Ah Kiow dan wakil-wakil Persatuan Cina Johor Bahru

ArticlePublished 09 Jun 2014 2.41 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM