Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010

Published: 10 Jun 2014 7.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Doa Selamat sempena meraikan kepulangan Jemaah Haji PDRM 2010 dan Ceramah Perdana Maal Hijrah tahun 1432 Hijrah telah diadakan di Masjid Bukit Aman. Majlis berlangsung seawal jam 7.00 pagi deng..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-doa-selamat-sempena-meraikan-kepulangan-jemaah-haji-pdrm-2010
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:59 MYT

Bukit Aman, 28hb. Disember 2010 - Majlis doa selamat sempena meraikan kepulangan Jemaah Haji PDRM 2010 dan Ceramah Perdana Maal Hijrah bersamaan 1432 Hijrah telah diadakan di Masjid Bukit Aman. Majlis berlangsung seawal jam 7.00 pagi dengan persiapan aktiviti memasak bubur asyura oleh ahli-ahli PERKEP.

Turut hadir di majlis ialah YBhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia dan YBhg. Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bagi sama-sama menyertai aktiviti gotong-royong memasak bubur asyura untuk dijamu dan diagihkan kepada tetamu yang hadir.

Penceramah bebas, Ybhg. Ustaz Mohd Fadzil bin Haji Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Pusat Ekonomi dan Keluarga Islam dari institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah bertajuk '1 Malaysia 1 Ummah'. Kehadiran dianggarkan lebih kurang 400 orang tetamu terdiri daripada kalangan pegawai kanan, anggota polis dan kakitangan awam. Dalam konteks ini, penceramah telah menghuraikan mengenai peranan individu muslim menurut sunnah Nabi dan seterusnya menceritakan tentang manusia perlu berhijrah daripada buruk ke arah yang lebih baik.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDH. Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH. Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara serta Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM.

Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010
Aktiviti memasak bubur asyura bersama Pengerusi PERKEP Malaysia serta Ahli-ahli PERKEP yang lain.

Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010
Turut membantu... YBhg. Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010
Bubur asyura yang siap untuk diagihkan...

Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010
Penceramah bebas dari ILIM YBhg. Ustaz Mohd. Fadzil bin Haji Abu Kasim.

Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010
Antara Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan tetamu yang turut hadir...

Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010
Turut hadir bacaan Yasin YDH. Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH. Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

Jurufoto    : L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
                  Konst. Mohd Helmi bin Saadin
Wartawan   : L/Kpl Noor Azima binti Zakaria
Penyunting : Insp Haslina binti Mohd Nor

ArticlePublished 10 Jun 2014 7.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM