Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Laporan Polis Di Bot Marin

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tahukah anda bahawa laporan polis yang kebiasaannya dibuat di balai atau pondok polis kini boleh juga dibuat di bot marin dan mana-mana Pangkalan Pasukan Gerakan Marin..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/laporan-polis-di-bot-marin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:35 MYT

PENGKALAN KUBOR, TUMPAT KELANTAN - 29 DISEMBER 2010.

Tahukah anda bahawa laporan polis yang kebiasaannya dibuat di balai atau pondok polis kini boleh juga dibuat di bot marin dan mana-mana Pangkalan Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM. Bercakap pada sidang media di Markas Operasi Pangkalan Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar menyatakan bahawa kemudahan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah dan memberi perkhidmatan serta kemudahan yang terbaik untuk masyarakat.

Beliau berucap sempena Majlis Pelancaran Pontoon Markas Operasi PGM Pengkalan Kubor di sini siang tadi. Dato' Khalid turut menyeru supaya PGM lebih berintegriti dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan kerjasama erat dengan masyarakat setempat pula penting dalam mendapatkan maklumat jenayah seperti penyeludupan dan sebagainya. Menurutnya lagi aset dan kemudahan pontoon yang berharga RM1.52 juta itu diharap akan dapat menyelesaikan masalah kesukaran keluar masuk bot-bot ronda kecil dan memudahkan kerja penyelenggaraan untuk tugas operasi.

Beliau juga turut memuji PGM yang begitu komited dan sentiasa bersiap sedia dalam menjalankan tugas dan juga memberi bantuan kepada lain-lain agensi kerajaan dalam penguatkuasaan undang-undang maritim. Rondaan serta kerjasama dengan pasukan marin Royal Thai Police pula amat digalakkan kerana ia mampu meluaskan lagi proses pertukaran maklumat berkaitan dengan keselamatan di sempadan perairan dua negara.

Komander PGM Wilayah Tiga, YDH ACP Mohd Saleh bin Mat Jani dalam ucapannya berkata, PGM Wilayah Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) bertanggungjawab mengawal perairan sejauh 469 km bermula dari Endau Rompin hingga Pengkalan Kubor. Kekuatan anggota seramai 316 orang dan memiliki aset sejumlah 27 buah bot ronda pelbagai jenis termasuk jet ski. Tambah beliau lagi, PGM Wilayah Timur telah berjaya membuat 543 tangkapan dalam pelbagai kes dari Januari hingga November 2010 yang melibatkan nilai rampasan mencecah RM 2.3 juta.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah PGA/ Pengurusan Sempanan/Kawalan LTAB Jabatan KDNKA, YDH SAC Dato' Fuad Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDNKA (PGK), SAC Dato' Isa Munir (Komander PGM), DSP Tan Cheng San (Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Pengkalan Kubor), Sub Inspector Watcharat (wakil Pasukan Marin Royal Thai Police) bersama rombongan dan juga tetamu-tetamu jemputan.

Semasa ditemubual oleh pemberita, Sub-Inspector Watcharat melahirkan rasa berpuas hati dengan kerjasama yang wujud antara PGM dan Pasukan Marin Royal Thai Police. Pertemuan setiap bulan antara mereka untuk bertukar maklumat risikan dan melakukan operasi bersama mampu mencegah jenayah dan penyeludupan di sempadan kedua negara.

Laporan Polis Di Bot Marin
Ketibaan YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar di Markas Operasi PGM Pengkalan Kubor, Tumpat

Laporan Polis Di Bot Marin
YDH CP Dato' Khalid menandatangani Buku Melawat

Laporan Polis Di Bot Marin
YDH SAC Dato' Isa Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin PDRM

Laporan Polis Di Bot Marin
Melihat hasil kerja L/Kpl Harun bin Endut dan L/Kpl Nik Ahmad Eskandar bin Omar mencipta replika bot model PA dan PSC di Galeri Marin

Laporan Polis Di Bot Marin
YDH Komander PGM menyampaikan cenderahati kepada YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar

Laporan Polis Di Bot Marin
Bersalaman dengan rakan sejawat  dari pasukan marin Royal Thai Police

Laporan Polis Di Bot Marin
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA menaiki bot 'watercat' meninjau kawasan operasi Sungai Golok sambil diiringi oleh pasukan marin Royal Thai Police

Laporan Polis Di Bot Marin
Anggota PGM siap sedia menjalankan tugas rondaan walaupun ketika hujan...

Laporan Polis Di Bot Marin
Ucapan alu-aluan oleh Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 3

Laporan Polis Di Bot Marin
Ucapan Pelancaran oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Laporan Polis Di Bot Marin
Simbolik pelancaran pontoon Markas Operasi PGM Pengkalan Kubor

Laporan Polis Di Bot Marin
Pertunjukkan oleh 'team' jet ski PGM

Laporan Polis Di Bot Marin
Demonstrasi menyelamat di perairan...

Laporan Polis Di Bot Marin
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA menyampaikan cenderahati kepada wakil Pengarah JKR

Laporan Polis Di Bot Marin
Pontoon yang dibina bermula pada bulan September 2009 dan siap pada bulan Disember 2009 oleh Jabatan Kerja Raya.

Laporan Polis Di Bot Marin
L/Kpl Elia menerima Laporan Polis dari pengadu di atas bot KPD Kota Bharu, jenis PX 20 

Laporan Polis Di Bot Marin
Bergambar kenangan di hadapan Markas Operasi PGM Pengkalan Kubor Wilayah Tiga

Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Wartawan   : L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Penyunting : Insp Haslina binti Mohd Nor

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM