Majlis Doa Selamat Sempena Meraikan Kepulangan Jemaah Haji Pdrm 2010
Bukit Aman, 28hb. Disember 2010 - Majlis
doa selamat sempena meraikan kepulangan Jemaah Haji PDRM 2010 dan
Ceramah Perdana Maal Hijrah bersamaan 1432 Hijrah telah diadakan di
Masjid Bukit Aman. Majlis berlangsung seawal jam 7.00 pagi dengan
persiapan aktiviti memasak bubur asyura oleh ahli-ahli PERKEP.
Turut
hadir di majlis ialah YBhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri,
Pengerusi PERKEP Malaysia dan YBhg. Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib
Pengerusi PERKEP Malaysia bagi sama-sama menyertai aktiviti
gotong-royong memasak bubur asyura untuk dijamu dan diagihkan kepada
tetamu yang hadir.
Penceramah bebas, Ybhg. Ustaz Mohd Fadzil bin
Haji Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Pusat Ekonomi dan Keluarga Islam
dari institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah dijemput khas untuk
menyampaikan ceramah bertajuk '1 Malaysia 1 Ummah'. Kehadiran
dianggarkan lebih kurang 400 orang tetamu terdiri daripada kalangan
pegawai kanan, anggota polis dan kakitangan awam. Dalam konteks ini,
penceramah telah menghuraikan mengenai peranan individu muslim menurut
sunnah Nabi dan seterusnya menceritakan tentang manusia perlu berhijrah
daripada buruk ke arah yang lebih baik.
Turut hadir pada
majlis tersebut ialah YDH. Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara dan YDH. Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis
Negara serta Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM.

Aktiviti memasak bubur asyura bersama Pengerusi PERKEP Malaysia serta Ahli-ahli PERKEP yang lain.

Turut membantu... YBhg. Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Bubur asyura yang siap untuk diagihkan...

Penceramah bebas dari ILIM YBhg. Ustaz Mohd. Fadzil bin Haji Abu Kasim.

Antara Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM dan tetamu yang turut hadir...

Turut
hadir bacaan Yasin YDH. Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara dan YDH. Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis
Negara.
Jurufoto : L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
Konst. Mohd Helmi bin Saadin
Wartawan : L/Kpl Noor Azima binti Zakaria
Penyunting : Insp Haslina binti Mohd Nor