Majlis Diskusi Ydh Ketua Polis Negara Bersama Ketua Ketua Pengarang
Bukit Aman - 15 September 2010. Majlis Diskusi YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan telah berlangsung di Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman pada pagi ini.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dan YDH Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam.
Majlis diskusi hampir sejam itu telah berlangsung dalam suasana harmoni, ceria dan beberapa agenda telah diperbincangkan antara Polis Diraja Malaysia dan juga media tempatan.

YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama media tempatan setelah selesai Majlis Diskusi