Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Polis Bersama Masyarakat, YDH Tan Sri Ketua Polis Negara bersama pemimpim masyarakat Kuala Langat telah berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-polis-bersama-masyarakat-kuala-langat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:16 MYT

Kuala Langat, Selangor - 16 September 2010. Majlis Polis Bersama Masyarakat, YDH Tan Sri Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Masyarakat Kuala Langat telah berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada pagi ini.

Hadir sama di Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat ialah YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH Supt. Nordin bin Manan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Selangor, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Dewan Serbaguna IPD Kuala Langat, terletak bersebelahan dengan bangunan pentadbiran utama IPD Kuala Langat yang tersergam indah itu dipenuhi hampir 800 orang yang terdiri daripada pemimpin, Ketua-ketua masyarakat, penduduk setempat dan juga turut dihadiri oleh tiga Ahli Dewan Undangan Selangor dan juga wakil-wakil media.

Majlis Polis Bersama Masyarakat ini adalah kunjungan yang pertama oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bertemu masyarakat sejak dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 13 September 2010.

YDH Ketua Polis Negara menegaskan bahawa kepimpinan beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan menyatakan "Saya akan bekerja berpaksi kepada bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan menentukan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan negara Malaysia" semasa ucapan dan amanat beliau.

"Hidupkanlah suasana 'Rumahku Syurgaku', supaya masyarakat akan dapat hidup dengan harmoni dan aman, yang bermula dari keluarga yang bahagia"

YDH Ketua Polis Negara juga mengajak masyarakat bersama-sama mengembelingkan tenaga dan usaha serta tanggungjawab bersama untuk mencegah jenayah seperti menyalurkan maklumat jenayah, menyertai 'Community Policing' dan juga Rukun Tetangga.

Di majlis tersebut juga diadakan dialog bersama pemimpin dan ketua-ketua masyarakat yang mengutarakan beberapa pandangan seperti ketua MCA Kuala Langat, Pertubuhan Belia Hindu Kuala Langat dan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kuala Langat.

Walaupun ramai yang memuji tindakan pihak Polis Daerah Kuala Langat dalam membanteras jenayah sehingga berjaya mengurangkan kadar jenayah sehingga menurun sebanyak 20 peratus, terdapat juga wakil-wakil kaum yang memberi pandangan serta maklumat yang perlu diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia.

YDH Ketua Polis Negara dalam ucapan balasnya memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Selangor untuk memberi laporan dan mengambil tindakan ke atas kegiatan perjudian, gangsterisme dan juga jenayah-jenayah lain yang berlaku di Kontinjen Selangor.

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Majlis Polis Bersama Masyarakat...dari kiri, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Bacaan doa semoga majlis diberkati pada pagi ini

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Dewan Serbaguna IPD Kuala Langat yang dipenuhi oleh masyarakat dari berbilang kaum yang hadir untuk bersama-sama dengan Ketua Polis Negara

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Ucapan dan amanat oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
kiri...DSP Rizani bin Che Hussin, Timbalan Ketua Polis Daerah bersama Supt. Nordin bin Manan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Majlis Dialog..Ketua MCA Kuala Langat mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan Ketua Polis Daerah Kuala Langat yang berjaya mencegah dan mengurangkan kadar jenayah bagi Daerah Kuala Langat

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara mencatitkan pandangan yang diberikan oleh pemimpin serta ketua-ketua masyarakat Kuala Langat

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Ucapan balas oleh YDH Ketua Polis Negara semasa majlis dialog bersama pemimpin dan ketua-ketua masyarakat

Majlis Polis Bersama Masyarakat Kuala Langat
Sidang media oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor setelah selesai Majlis Polis Bersama Masyarakat, YDH Tan Sri Ketua Polis Negara Bersama Pemimpim Masyarakat Kuala Langat

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM