Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan Ngo India

Published: 09 Jun 2014 9.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ini merupakan kali pertama PDRM mengadakan majlis dialog bersama dengan pemimpin dan NGO India. Perjumpaan kali ini adalah signifikant kerana ia menjadi jambatan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-dialog-ydh-ketua-polis-negara-bersama-pemimpin-dan-ngo-india
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT

Bukit Aman - 23 Jun 2009. Majlis Dialog YDH Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan NGO India telah berlangsung di Auditorium Bukit Aman pada jam 3.00 petang.

Taklimat Polis Diraja Malaysia telah disampaikan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Turut hadir ialah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Ramli bin Sha'ari, Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah JSJ Komersial dan YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah JSJ Narkotik serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Seramai 18 orang dari Pemimpin dan NGO India telah hadir di Majlis Dialog ini. Antaranya ialah Dato' Siva Subramaniam dari SUHAKAM, Datuk Dr. Denison Jayasooria juga dari SUHAKAM, Datuk Vaithilingam a/l Ampalavanar dari Hindu Sangam, Dato' Thambirajah a/l Muniandy, Sri Murugan Centre dan Dato' Jegadeesan.

Ini merupakan kali pertama PDRM mengadakan majlis dialog bersama dengan pemimpin dan NGO India. Perjumpaan kali ini adalah signifikant kerana ia menjadi jambatan kepada hubungan yang lebih erat dan dapat meningkatkan persefahaman kaum india terhadap Polis Diraja Malaysia.

Antara objektif perjumpaan pada petang ini adalah bertujuan untuk memperolehi dan mengetahui masalah-masalah kaum india untuk pihak PDRM membantu menyelesaikannya. Ianya juga merupakan satu platform untuk mendapatkan idea bagaimanan PDRM dan kaum india dapat bekerjasama unttuk memerangi jenayah, yang telah membawa implikasi 'Fear Of Crime' di kalangan masyarakat.

Perjumpaan ini diharap membawa hasil kolaborasi yang positif ke arah satu masyarakat yang aman, selamat dan bebas jenayah.

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan Ngo India
Taklimat disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan Ngo India
Majlis Dialog bermula dengan pemimpin dan NGO India

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan Ngo India
YDH Ketua Polis Negara menjawab persoalan yang diajukan oleh wakil NGO

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan Ngo India
Antara pemimpin dan NGO India yang hadir

Majlis Dialog Ydh Ketua Polis Negara Bersama Pemimpin Dan Ngo India
duduk dari kanan...Dato' Siva Subramaniam dari SUHAKAM, Datuk Dr. Denison Jayasooria juga dari SUHAKAM, Datuk Vaithilingam a/l Ampalavanar dari Hindu Sangam, Dato' Thambirajah a/l Muniandy, Sri Murugan Centra

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM