Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Dialog Ketua Polis Balai Ampang Jaya Bersama Kariah Surau Al Falah

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
C/Insp. Norazman b. Zakaria, KPB Ampang, APR dan Kakitangan Awam telah hadir ke Program Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat dan menunaikan Solat Maghrib serta mengadakan bacaan doa selamat dan tahlil s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-dialog-ketua-polis-balai-ampang-jaya-bersama-kariah-surau-al-falah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT
Ampang, Selangor - 30 Jun 2011

Satu Program Kepimpinan PDRM Bersama Masyarakat telah diadakan di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Ampang, Selangor. Hadir sama di dalam program ini adalah C/Insp. Norazman b. Zakaria, KPB Ampang, Anggota Polis, Kakitangan Awam dan ahli-ahli jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Cempaka, Ampang, Selangor.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan PDRM Ampang dengan masyarakat, khususnya ahli jawatankuasa masjid dalam mengimarah masjid. Di dalam majlis ini juga, terdapat sesi dialog di antara ahli jawatankuasa masjid dan KPB Ampang serta ketua-ketua Bahagian IPD Ampang Jaya, Selangor. Orang ramai yang hadir seterusnya menunaikan Solat Maghrib serta mengadakan bacaan doa selamat dan tahlil seterusnya menunaikan solat isyak berjamaah.

IPD Ampang Jaya sedang merangka program seperti ini di masa-masa akan datang supaya hubungan di antara ahli jawatankuasa masjid dan PDRM akan menjadi lebih erat di samping dapat memupuk semangat kerjasama di antara polis dan masyrakat, dalam menangani masalah jenayah serta pandangan setiap kariah dan penduduk di ambil tindakan sewajarnya sebelum perkara yang tidak diingin berlaku. ujar C/Insp. Norazman b. Zakaria, KPB Ampang dalam ucapannya.

 

Majlis Dialog Ketua Polis Balai Ampang Jaya Bersama Kariah Surau Al Falah

Majlis Dialog Ketua Polis Balai Ampang Jaya Bersama Kariah Surau Al Falah

Sjn. Mohd Fauzi b. Hamat mengetuai majlis mengetuai bacaan surah Yasin bersama jemaah dan penduduk yang hadir

Majlis Dialog Ketua Polis Balai Ampang Jaya Bersama Kariah Surau Al Falah
Dari Kiri... Insp. Mohd Zulkiflee (JSJK), 4 dari Kiri ASP. Malek b. Baba (Trafik) dan C/Insp. Norazman b. Zakaria, KPB Ampang

Majlis Dialog Ketua Polis Balai Ampang Jaya Bersama Kariah Surau Al Falah
Penduduk dan Kariah Surau bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan jenayah dan cara memerangi kejadian jenayah


Sumber : Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM