Majlis Berbuka Puasa Peringkat Jabatan Kdn Ka
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Majlis Berbuka Puasa Peringkat Jabatan KDN/KA
Sg. Besi - 5 Ogos 2013. Hari ini adalah hari ke 27 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Berpuasa, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga berupaya melatih untuk mengawal nafsu, mengukuhkan kesabaran, kesungguhan, ketekunan serta meningkatkan potensi diri.
Justeru, Ramadan adalah bulan tarbiah yang penuh dengan wasilah yang memberi kekuatan kepada umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah di bulan mulia ini.
Bertempat di hangar, Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Semenanjung Sg. Besi petang tadi, YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Polis Diraja Malaysia bersama isteri, Datin Sri Puziah binti Bahari telah hadir, memenuhi jemputan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Jabatan KDN/KA, anjuran bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Khas (PGK).
Turut hadir, tetamu-tetamu jemputan, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH SAC Dato' Amer bin Awal, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA, YDH SAC Kamarulzaman bin Md. Jan, Komander Pasukan Gerakan Udara, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin, YDH SAC Dato' Azizan bin Abd. Aziz, Komander 69 Komando PGK, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato' Ahmad Marzuki bin Hj. Mohd Saad, Komander Briged Sabah PGA serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota Jabatan KDN/KA.
Majlis
dimulai dengan jamuan berbuka puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak dan
juga Solat Tarawih, Witir dan diakhiri dengan jamuan ringkas moreh.
Ketibaan tetamu...
Ketibaan YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid bersama isteri...
Sekitar Majlis Berbuka Puasa Peringkat Jabatan KDN/KA di hangar Pangkalan Semenanjung Sg. Besi