Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 5 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) hari ini telah meraihkan perlantikan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) baru iaitu YDH DCP Datuk Mazlan bin Mansor, mengan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ydh-datuk-mazlan-terima-jawatan-timbalan-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:43 MYT
Oleh : Kpl Edwind Indo

YDH DATUK MAZLAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN PENGARAH JSJ

BUKIT AMAN, 5 Ogos - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) hari ini telah meraihkan perlantikan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) baru iaitu YDH DCP Datuk Mazlan bin Mansor, mengantikan tempat YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah yang telah dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Majlis gilang-gemilang itu berlansung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Siasatan Jenayah, Tingkat 4, Menara 2, Kompleks Bukit Aman, pagi tadi.

Hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas itu adalah YDH DIG Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, yang dulunya bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

"Tahniah saya ucapkan kepada YDH Datuk Mazlan di atas perlantikan ini. Saya merasa amat berbangga di atas perlantikan ini dan saya berharap kita terus mempamerkan prestasi yang cemerlang agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat", antara amanat YDH Ketua Polis Negara kepada Pegawai Kanan Polis yang hadir.

Turut hadir YDH SAC Datuk Abdul Malek bin haji Harun, Timbalan Pengarah Data Bank DNA, YDH SAC Jalil bin Hassan, Ketua Pen. Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat), Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Wakil Media.

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Dari kanan... YDH Datuk Mazlan bin Mansor, YDH Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, YDH Dato' Hadi Ho bin Abdullah dan YDH Datuk Abdul Malek bin haji Harun

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Malek Ghadafi bin Ismail dari Cawangan Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
YDH Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara menyematkan pangkat ke atas bahu YDH Datuk Mazlan bin Mansor

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Majlis menandatangani dokumen Serah Terima Tugas sambil disaksikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
YDH Datuk Seri Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara selaku saksi menandatangani dokumen Serah Terima Tugas

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
YDH Dato' CP Hadi Ho bin Abdullah secara rasmi menyerahkan jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) kepada YDH DCP Datuk Mazlan bin Mansor

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Penyampaian mandat oleh Ketua Polis Negara

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Sidang media

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Antara rakan media yang hadir

Ydh Datuk Mazlan Terima Jawatan Timbalan Pengarah Jsj
Bergambar Kenangan...
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM