Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1malaysia Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara

Published: 11 Jun 2014 6.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena Bulan di Ramadan, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah meluangkan masa untuk mendekati masyarakat setempat di Hata Industrial Centre, Pandan Mewah, Ampang, Sel..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-berbuka-puasa-dan-makan-malam-mesra-1malaysia-bersama-ydh-timbalan-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:34 MYT

Selangor - 13 Ogos 2011

Sempena Bulan Ramadan, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah meluangkan masa untuk mendekati masyarakat setempat di Hata Industrial Centre, Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Hadir di Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1Malaysia, YDH Timbalan Ketua Polis Negara turut beramah mesra bersama penduduk berbilang kaum yang hadir pada malam ini.

Penganjuran majlis seumpama ini adalah bagi menyatupadukan lagi kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Di samping itu, majlis ini turut mengharapkan kerjasama daripada penduduk tempatan untuk bersama-sama membendung masalah jenayah di kawasan ini. "Saya mengharapkan agar tahap kesedaran, kesediaan dan penerimaan orang ramai bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama akan terus meningkat dan berterusan. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan keamanan dan keharmonian kalangan jiran tetangga dan di tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat", ujar YDH Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapan kepada hadirin.

Turut hadir majlis malam ini YB Dato' Sri Ong Tee Keat, Ahli Parlimen Pandan, YDH SAC Abdul Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D7, YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH C/Insp. Ahmad Nazri Adnan, Ketua Balai Polis Pandan Indah, Y.Bhg Encik Juan Ee, Pengerusi Persatuan Pengusaha Dan Peniaga Perindustrian Hata Pandan Mewah, Ampang, Wakil-wakil Penaja, Wakil-wakil Media, Pegawai Polis dan Penduduk Setempat Pandan Mewah.

"Dalam pada itu, marilah sama-sama kita memastikan pencegahan jenayah ditangani secara kolektif oleh semua lapisan masyarakat dan bukan dibendung secara individu. Saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini", YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan malam ini.

Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1malaysia Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Ketibaan YAB Ahli Parlimen Pandan

Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1malaysia Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1malaysia Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Kenangan... Bergambar bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara


Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1malaysia Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Antara yang hadir

Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1malaysia Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Berbuka Puasa Dan Makan Malam Mesra 1malaysia Bersama Ydh Timbalan Ketua Polis Negara
Beramah mesra bersama penduduk setempat

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 6.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM