Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Telekom Malaysia Berhad (TM) malam ini memberi penghargaan kepada para petugas yang berkhidmat dengan Malaysia Emergency Response services (MERS) 999 serta agensi-agensi perkhidmatan kecemasan terutam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-anugerah-cemerlang-mers-999
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:47 MYT

Selangor, 13 Januari 2012 - Telekom Malaysia Berhad (TM) malam ini memberi penghargaan kepada para petugas yang berkhidmat dengan Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 serta agensi-agensi perkhidmatan kecemasan terutama pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis makan malam dan penyampaian anugerah yang telah diadakan di Vintage Ballroom, Holiday Villa Subang, Selangor.

Majlis anugerah cemerlang MERS 999 merupakan satu penghargaan atas segala kerja keras dan mengiktiraf kepada mereka yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang  dalam perkhidmatan.

TM sebagai organisasi utama dalam melaksanakan sistem maklum balas MERS 999 ini, telah menerima kerjasama rapat daripada semua agensi yang terlibat terutama Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Anugerah Khas Wira MERS 999 yang memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi MERS 999 yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat semasa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor pada bulan Mei 2011 yang telah memusnahkan Rumah Anak-anak Yatim Al-Hidayah Al- Taqwa.

Anugerah tersebut telah diterima oleh Pusat Panggilan 999, Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Hospital Ampang, dan Pusat Kawalan JPAM Jalan Padang Tembak. 

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 3 kategori anugerah  dari MERS 999 pada malam ini iaitu Anugerah Khas Wira MERS 999, Anugerah Penyelia Terbaik dan Anugerah Kumpulan Terbaik kerana telah memberi perkhidmatan yang baik dan tindakan yang pantas ketika belakunya sesuatu kejadian yang telah disalurkan maklumatnya dari Bilik Gerakan MERS 999.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiusaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM, Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah ), Dato'-Dato', Datin-Datin, Pegawai - pegawai kanan polis serta hadirin sekelian.



Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Pengerusi majlis menyampaikan kata-kata aluan....

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Persembahan 1Malaysia pembuka tirai majlis...

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Antara tetamu kehormat duduk dimeja makan....

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM menyampaikan kata-kata aluan...

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika menyampaikan ucapan....

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Antara mereka pegawai dan anggota PDRM yang menerima anugerah Cemerlang MERS 999 tahun 2011...

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Persembahan dari PDRM...

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Antara tetamu yang hadir...

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Anggota PDRM yang mengambil bahagian dalam persembahan....

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Bermacam-macam ragam....

Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah ) bersama tetamu kehormat diatas pentas...



Wartawan/jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM