Selangor, 13 Januari 2012 -
Telekom Malaysia Berhad (TM) malam ini memberi penghargaan kepada para
petugas yang berkhidmat dengan Malaysia Emergency Response Services
(MERS) 999 serta agensi-agensi perkhidmatan kecemasan terutama pasukan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam satu majlis makan malam dan
penyampaian anugerah yang telah diadakan di Vintage Ballroom, Holiday
Villa Subang, Selangor.
Majlis
anugerah cemerlang MERS 999 merupakan satu penghargaan atas segala
kerja keras dan mengiktiraf kepada mereka yang telah menunjukkan
pencapaian yang cemerlang dalam perkhidmatan.
TM
sebagai organisasi utama dalam melaksanakan sistem maklum balas MERS
999 ini, telah menerima kerjasama rapat daripada semua agensi yang
terlibat terutama Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Anugerah
Khas Wira MERS 999 yang memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi MERS
999 yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat semasa kejadian
tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor pada bulan Mei 2011 yang telah
memusnahkan Rumah Anak-anak Yatim Al-Hidayah Al- Taqwa.
Anugerah
tersebut telah diterima oleh Pusat Panggilan 999, Pusat Gerakan Operasi
Bomba Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Hospital Ampang, dan
Pusat Kawalan JPAM Jalan Padang Tembak.
Pasukan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 3 kategori anugerah dari
MERS 999 pada malam ini iaitu Anugerah Khas Wira MERS 999, Anugerah
Penyelia Terbaik dan Anugerah Kumpulan Terbaik kerana telah memberi
perkhidmatan yang baik dan tindakan yang pantas ketika belakunya sesuatu
kejadian yang telah disalurkan maklumatnya dari Bilik Gerakan MERS 999.
Turut
hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YB Senator Datuk Maglin Dennis
D'Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato'
sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiusaha Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM, Dato'
Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA
(Kepolisan/Pencegahan Jenayah ), Dato'-Dato', Datin-Datin, Pegawai -
pegawai kanan polis serta hadirin sekelian.

Pengerusi majlis menyampaikan kata-kata aluan....

Persembahan 1Malaysia pembuka tirai majlis...

Antara tetamu kehormat duduk dimeja makan....

Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM menyampaikan kata-kata aluan...

YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika menyampaikan ucapan....






Antara mereka pegawai dan anggota PDRM yang menerima anugerah Cemerlang MERS 999 tahun 2011...

Persembahan dari PDRM...

Antara tetamu yang hadir...

Anggota PDRM yang mengambil bahagian dalam persembahan....


Bermacam-macam ragam....

Dato'
Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA
(Kepolisan/Pencegahan Jenayah ) bersama tetamu kehormat diatas pentas...
Wartawan/jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Majlis Anugerah Cemerlang Mers 999
Telekom Malaysia Berhad (TM) malam ini memberi penghargaan kepada para petugas yang berkhidmat dengan Malaysia Emergency Response services (MERS) 999 serta agensi-agensi perkhidmatan kecemasan terutam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-anugerah-cemerlang-mers-999
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.