Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lubuk Diesel Diserbu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Miri, 28 Jan- Sebanyak 37,000 liter diesel dijumpai sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Piasau Utara, pagi tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lubuk-diesel-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:42 MYT

Miri, 28 Jan- Sebanyak 37,000 liter diesel dijumpai sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Piasau Utara, pagi tadi.

Ketua PPM W5, ACP Mohd Salleh bin Mat Jani berkata pemeriksaan yang dijalankan mendapati diesel tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah dan disyaki disimpan untuk tujuan penyelewengan.

"Kami turut menahan seorang lelaki semasa serbuan dilakukan bagi membantu siasatan," katanya lagi.

Nilai diesel yang dirampas dianggarkan berjumlah RM 103,600 dan kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Miri untuk tindakan selanjutnya.

Lubuk Diesel Diserbu
Sumber : Pasukan Polis Marin Miri

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM