Cubaan Loloskan Diri Gagal Pengedar Dadah Di Tahan
Kota
Baharu, 28 Jan - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah
dipercayai heroin seberat 16.2 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah
di Taman Banggol Kulim Fasa Satu, di Machang, awal hari ini.
Ketua
Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata dalam serbuan pada
3.30 pagi itu, suspek berumur 37 tahun yang dipercayai pengedar dadah
itu cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.
"Bagaimanapun,
anggota polis berjaya menahan suspek dan pemeriksaan ke dalam beg
pinggang miliknya menjumpai tiga botol plastik bertutup kuning berisi
serbuk putih, satu tiub straw berisi serbuk putih, satu tiub straw
berisi dua biji pil yang dipercayai pil Yaba dan wang tunai yang disyaki
hasil jualan dadah.
"Kita
turut menemui sebuah motosikal curi jenis Yamaha 135LC yang digunakan
suspek," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau, dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Sumber : BERNAMA