Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2022 Terima Kasih Atas Kerjasama Semua Jumpa Lagi Di Tahun Hadapan

Diterbitkan: 18 Oct 2022 2.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Daerah Kulai
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2022-terima-kasih-atas-kerjasama-semua-jumpa-lagi-di-tahun-hadapan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:27 MYT
 
Langkawi, 18 Oktober 2022 - Perjuangan warga Polis Diraja Malaysia khasnya dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) bersama para pelumba basikal dari 20 buah pasukan seluruh dunia berakhir secara rasmi di garisan penamat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dekat pekan Kuah, di sini.

Selepas hampir lapan hari memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pelumba terjamin, PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya pengguna jalan raya yang telah memberikan kerjasama baik kepada pihak polis.

Tanpa kerjasama erat daripada masyarakat, kejohanan berprestij peringkat antarabangsa tersebut tidak mungkin dapat dilangsungkan dengan jayanya.
Terdahulu, pelepasan para perserta pagi tadi telah disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Di penghujung acara, pengunjung dihidangkan dengan pelbagai persembahan tarian tradisional Melayu klasik, sebagai tanda penutup majlis gilang gemilang di Pulau Lagenda itu.

Pegawai Kanan PDRM yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Ketua Polis Langkawi, ACP Shariman Shaari dan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalulintas) JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman. Terima kasih semua, semoga kita berjumpa lagi dalam LTdL edisi 2023 tahun hadapan!

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.


 
ArtikelDiterbitkan 18 Oct 2022 2.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM