Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Panggil Tommy Thomas Dan Jeyakumar

Diterbitkan: 19 Oct 2022 1.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman dalam sebuah forum, bulan lepas, untuk dirakam percakapan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-panggil-tommy-thomas-dan-jeyakumar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:33 MYT
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman dalam sebuah forum, bulan lepas, untuk dirakam percakapan.

Setiausaha PDRM, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Dr. Michael Jeyakumar Devaraj yang turut hadir dalam forum berkenaan juga akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

“Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Sebelum ini, dilaporkan polis menerima aduan mengenai kenyataan Tommy dalam ucapannya di forum bertajuk Dark Forces Towards GE15 yang diadakan pada 17 September lepas anjuran Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini.

Kedua-duanya merupakan antara ahli panel forum itu.

Sumber: BERNAMA
Artikel Pilihan Polis Panggil Tommy Thomas Dan Jeyakumar
ArtikelDiterbitkan 19 Oct 2022 1.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM